7:50 AM | 0 Comments

Salam buat semua...semua tu siapa..entah..sapa-sapa yang sudi singgah atau tersinggah blog ni secara tak sengaja. 
Lama betul tak update blog ni...sibuk..!!??..ada la jugak tapi hakikatnya malas nak layan benda ni lagi la tepat jawapannya..rasanya lah.
Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan kat sini cuma kebanyakkannya benda tu lama berlalu atau walau masih lagi baru, bila dah lepas tu dikira basi la kan maklum la sekarang ni era berteknologi '' tinggi ''...kot???
Yea la, Sekarang ni seandainya sesuatu peristiwa yang berlaku kat New York dapat diketahui kat Kota Bharu tanpa perlu naik kapal terbang berjam-jam, cukup on kat internet dah dapat...fuu...mudahnya tapi betul ke kita ni semakin mudah dengan adanya bermacam-macam teknologi dalam kehidupan seharian, rasanya semakin hari semakin kita menjadi ''hamba'' kepada kecanggihan teknologi dalam sedar atau tidak. Tak caya, hah cuba fikirkan balik, antara perkara utama yang kita lakukan di awal pagi adalah check telefon kita dulu, kadang kala gigi pun belum gosok lagi tapi telefon dah kat tangan...
Padahal tak perlu la sampai macam tu, segalanya terserah pada individu tu sendiri.  Eii...ngantuk pulak mata ni..takpe la, nanti saya cuba sambung lagi esok jika berjaya luangkan masa insyaAllah.
Hari sudah seminggu kita menyambut hari lebaran..
dan...ini juga merupakan entri yang pertama selepas menyepi selama 5 bulan lebih kurang..

Sebenarnya papa ambik cuti hari ni ganti kerja semalam, saja ambik replace sebab rasa malas pulak nak pegi kerja hari ni kebetulan ada beberapa hal yang nak kena selesaikan hari ni.

Raya tahun ni tak banyak pegi mana-mana setakat ke rumah mak-ayah serta adik beradik aje, bukannya tak nak pegi beraya tapi bila memikirkan jalan yang asyik "jam" memanjang aje..fuu..baik lepak kat rumah.

Tadi kat tv Al-hijrah ada satu segmen cerita pasal cara nak didik anak-anak macamana nak pupuk sifat maaf-memaaf dalam diri. Ok jugak kupasan yang diberikan oleh ustazah jemputan tu..sorry nama dia tak ingat.
Memetik kepada isi yang disampaikan oleh ustazah tadi sememangnya kebanyakkan dari kita ni walaupun sudah bertaraf "orang Dewasa" tapi masih lagi tak begitu memahami maksud sebenar erti "maaf" itu sendiri menyebabkan kurangnya kesan serta penghayatan terhadap amalan maaf-memaaf walaupun sudah sekian lama kita amalkannya terutama sekali bila tibanya hari raya..

Ok...dah malas ni nak melalut panjang-panjang ni...tengok la dalam masa terdekat ni kalau ada kelapangan boleh sambung balik...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Fuu...dah berkarat agaknya blog ni ..tu pun kalau boleh tengok la.. apa tak nya lama betul tak update...haru-biru dibuatnya.
Apa-apa pun bila dah terasa ada peluang serta keinginan ni baik  terus update kalau tak entah bila la pulak jadinya.
Kalau tengokkan jam tu dah pukul 2 pagi...eissh... buat apa pulak tengah-tengah malam ni,..?? Sebenarnya mama kata nak bangun tadi selepas tidurkan Aisyah tapi dah empat lima kali kejutkan tak jugak bangun, hah nampaknya terpaksa la papa jaga sorang-sorang. Tapi tak boleh lama sangat sebab esok nak kerja pulak.
Eissh...takde idea pulak, lain kali jelah sambung update blog ni, rasa mengantuk pulak...
....Sambung balik...tapi..untuk rekod hari ni bukannya malam jumaat tapi dah jadi malam rabu... lama betul stop cari idea he..he..
Tahun ni ( 2012 ) Along dah masuk darjah lima , Angah pulak dah masuk darjah satu. Fuu... anak-anak dah semakin besar, yang girl pulak,  Kakak dah masuk lima tahun.. tak lama lagi ringan la sikit mama harap-harapnya..Kesian tengok mama sekarang ni tak menang tangan dibuatnya nak melayan kerenah anak-anak.
Cuma alhamdulillah kerja papa sekarang ni tak la sibuk sangat macam dulu, time cuti boleh cuti dengan aman, balik pun tak la lambat sampai pukul 8 , 9 malam. Paling lambat pun pukul 7 dah boleh 'tinggalkan' ofis. Kira ok la sikit.
Lama sungguh tak posting kat blog ni, nasib baik masa log-in tadi masih lagi ok ingatkan dah out of service blog papa ni. Kalau tak silap akhir sekali posting masa "Aisyah " tak de lagi. Opps lupa nak bagitau yang Aisyah ataupun nama penuhnya Nurul Aisyah adalah anak papa yang keempat lahir pada 1 ramadhan bersamaan dengan 1 ogos yang lepas, jadinya baru sebulan lebih nak masuk dua bulan.
Sebenarnya bukan tak nak update blog ni tapi... keadaan yang tak begitu mengizinkan, last-last tertangguh macam tu aje.
Hari ni pulak kebetulan papa cuti ditambah dengah cuaca yang kurang ceria sikit ditambahkan lagi esok Along dah nak peperiksaan akhir tahun, jadi takde la aktiviti 'outing' macam biasa tu yang memberi luang sikit buat papa update blog ni he...he..kalau tak entah bila pulak lak agaknya..
Kalau nak ikutkan masa tu , rasanya teramat laju sangat dan sememangnya tak mungkin boleh diikut, hari-hari yang dilalui tu kadang kala tu rasa terlalu pantas betul, entahla samada mungkin disebabkan papa ni dah semakin berusia, ataupun mungkin juga disebabkan oleh kesibukan dengan kerja serta keluarga, atau mungkin  juga memang dah adat dunia akhir zaman, hmm...terserah pada diri masing-masing nak menilai...
Anak-anak pun dah semakin membesar..along pun tinggal dua tiga bulan lagi dah nak masuk darjah lima, badan pun rasanya dah nak sama tinggi dengan papa pun...cepat betul...angah pun dah nak masuk darjah satu....kadang kala tu rasa sedih pun ada jugak bila fikirkan anak-anak semakin meningkat usia ni, kalau boleh nak tengok diaorang tu berada bersama kita sampai bila-bila tapi hakikatnya memang kita tak mampu serta tak adil kerana diaorang juga ada hak untuk membawa haluan tuju hidup masing-masing..
Banyak lagi nak tulis kat sini tapi rasanya kena stop dulu sebab masa tak mengizinkan sangat.....

4:02 AM | 0 Comments

Hari ni dah masuk pertengahan bulan november bermakna tinggal sebulan setengah lagi tahun 2010 nak melabuhkan tirai. Masa sememangnya suatu 'unsur' yang begitu subjektif dan sukar diukur dengan tepat kerana ianya mengikut situasi individu itu sendiri, kadang kala kita akan terasa begitu lambat ia berlalu tatkala kita dalam mode 'menunggu', kadang kala pula ianya terasa begitu pantas sekali dimasa kita sedang mengecapi sesuatu yang mengembirakan hati.
Apa-apa pun kita tidak mampu untuk menyekat pergerakan masa apatah lagi mengundurkannya.
Manusia sememangnya amat teringin untuk bergerak bebas tanpa batasan masa kalau tak percaya cuba tengok berapa banyak terhasilnya cerita-cerita bertemakan 'time travel'. Rasanya rata-rata akan menyokong sekiranya kita mampu untuk mencipta sebuah mesin yang boleh membawa kita merentasi masa. Cuma, jika difikirkan sejenak adakah ianya perlu. Bagi papa, apa yang telah lepas tak perlulah diungkit-ungkitkan apatah lagi nak betul-betulkannya sebab apa yang telah Allah tetapkan itu penuh dengan hikmah yang tak mungkin makhluk seperti kita ini mampu untuk menafsirkannya. Dan..masa hadapan.. biarkanlah ianya menjadi suatu 'thrill' atau 'misteri' yang Allah swt sediakan untuk kita terokai. Mana nak bestkan kalau belum buat apa-apa kita dah tahu apa akan jadi, apa kesudahannya kan.
Asyik dok celoteh pasal masa ni terlupa pulak hari raya korban dah tinggal 3 hari aje lagi. Bila la agaknya nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah serta menunaikan rukun Islam kelima. Bercakap pasal hari raya Korban ni, walaupun ianya mendatang setiap tahun namun setakat mana ianya dihayati tu susah sikit nak cakap sebab bagi papa sendiri pun erti nilai sebuah pegorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as dan juga Nabi Ismail as begitu sukar difahami dengan mendalam. Jelas terasa akan kekurangan diri ini yang sanggup untuk mengorbankan 'sesuatu' demi mencapai 'sesuatu' yang lebih berharga. Sebabnya.. kitakmampuan diri ini untuk menilai yang mana lebih perlu atau didahulukan.
Hanya bagi seseorang yang sentiasa rasional sahaja mampu berbuat sedemikian.
Semalam Tok Ayoh dan Mok Tok datang kat rumah, mungkin akan tinggal kat sini lama sikit, istilah lama sikit tu susah nak dinyatakan dalam bentuk nilai sebab Tok Ayoh susah sikit nak tinggal lama-lama kat rumah anak-anak. Along, angah dan adik memang suka betul terutama sekali adik.
Papa pulak sepatutnya dah masuk kerja hari ni tapi ambil cuti ganti satu hari lagi kebetulan along demam sampai tak dapat pergi ke sekolah. Tapi tak kisah la sebab kalau pergi pun rasanya dah tak belajar mana pun sebab buku teks dah pulangkan balik.
Cuaca kat luar masih lagi macama biasa...redup sepanjang hari, kadang kala hujan. Kalau kat Jepun sekarang ni dah masuk musim luruh salah satu musim yang papa paling suka masa belajar kat sana dulu. Biasanya pada musim luruh ni pemandangan memang cantik sekali tambah pulak suhu dia yang agak sederhana tak panas atau tak sejuk sangat berbanding musim-musim yang lain.