Sebenarnya bukan tak nak update blog ni tapi... keadaan yang tak begitu mengizinkan, last-last tertangguh macam tu aje.
Hari ni pulak kebetulan papa cuti ditambah dengah cuaca yang kurang ceria sikit ditambahkan lagi esok Along dah nak peperiksaan akhir tahun, jadi takde la aktiviti 'outing' macam biasa tu yang memberi luang sikit buat papa update blog ni he...he..kalau tak entah bila pulak lak agaknya..
Kalau nak ikutkan masa tu , rasanya teramat laju sangat dan sememangnya tak mungkin boleh diikut, hari-hari yang dilalui tu kadang kala tu rasa terlalu pantas betul, entahla samada mungkin disebabkan papa ni dah semakin berusia, ataupun mungkin juga disebabkan oleh kesibukan dengan kerja serta keluarga, atau mungkin juga memang dah adat dunia akhir zaman, hmm...terserah pada diri masing-masing nak menilai...
Anak-anak pun dah semakin membesar..along pun tinggal dua tiga bulan lagi dah nak masuk darjah lima, badan pun rasanya dah nak sama tinggi dengan papa pun...cepat betul...angah pun dah nak masuk darjah satu....kadang kala tu rasa sedih pun ada jugak bila fikirkan anak-anak semakin meningkat usia ni, kalau boleh nak tengok diaorang tu berada bersama kita sampai bila-bila tapi hakikatnya memang kita tak mampu serta tak adil kerana diaorang juga ada hak untuk membawa haluan tuju hidup masing-masing..
Banyak lagi nak tulis kat sini tapi rasanya kena stop dulu sebab masa tak mengizinkan sangat.....