Hari ni dah masuk hari ketiga bulan Oktober, bermakna ada lima hari lagi nak sambut ulang tahun yang ke-10 perkahwinan Papa dan Mama, bestnya..
Cepat betul masa berlalu. Kalau ikutkan hati tu rasa macam baru aje kahwin, banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan dalami berkaitan dengan hidup berumah tangga ni. Sememangnya dah pelbagai cabaran suka duka yang ditempuhi begitu juga yang bakal mendatang, tapi setakat ni syukur kepada Allah swt sebab semuanya mampu ditangani dengan kerjasama serta toleransi antara kami sekeluarga.
Semalam Papa balik kerja agak lambat sikit , sampai kat rumah dah pukul 10 malam biasalah masa hujung dan awal bulan ni banyak kerja sikit kat pejabat. Cuma yang bestnya bila balik Mama ada sediakan 'Steak' yang sungguh istimewa buat Papa, sedap betul...tapi Mama kata hanya sekali aje dalam sebulan boleh buat sebab takut kolestrol naik mendadak, apa-apa pun kesihatan perlu diutamakan. Tak kisah lah asalkan dapat, sebab 'Steak' ni memang makanan kegemaran Papa sejak dulu lagi.
Steak special dari Mama buat Papa.
Kebetulan pulak Papa cuti hari ni jadinya boleh la lepak-lepak sikit kat rumah. Dah lama rasanya tak boleh bersantai dengan keluarga macam ni cuma tak bestnya Along sekolah pulak, tak boleh la nak jauh-jauh sangat dari rumah kena tunggu Along balik dulu la.
Ingatkan hati tu nak balik rumah Tok Ayoh petang nanti lepas jemput Along dari sekolah. Terpaksa pegi sebelah petang sebab hari ni Along habis pukul tiga setengah.