Harap-harapnya tahun hadapan diizinkan lagi macam ni.
Di samping kemeriahan raya tu ada jugak la sedikit 'dugaan' dari Allah buat papa iaitu papa 'down' satu hari kerana demam sampai kena ambil M/C tak dapat pegi kerja. Seingatnya ini adalah M/C kedua yang papa ambil setelah bekerja hampir sepuluh tahun kat Rohm Wako. Kalau nak kira M/C tu kali ketiga la cuma yang mula-mula dapat M/C tu papa gagahkan juga pegi kerja cuma yang kedua dan yang ketiga ni memang tak boleh bangun langsung. Lagi satu sejak kebelakangan ni rasanya 'semangat' kerja tu tak la sehebat dulu lagi bukannya sebab malas kerja tapi bila difikirkan balik kerja dah nak masuk 10 tahun, cuti pun jarang sekali ambik, kerja pun separuh mati tapi 'penghargaan' ataupun 'nilaian' dari pihak atasan tak la sehebat mana, alih-alih orang yang masuk setahun dua kerja yang dapat promotion dulu, nak kata 'kerja' cemerlang...mmmm.....penuh tanda soal, cuma buat setakat ni papa masih lagi mampu mengarahkan niat dalam diri tu kerja untuk beribadat serta mencari rezeki buat menyara keluarga.
Jadinya bagi mengelakkan terpesong keikhlasan dalam diri, papa ambil keputusan untuk bekerja setakat yang perlukan, takde lagi over-over, kalau cuti , cuti macam orang lain takde lagi half day dan sebagainya.
Tadi, sedang 'belek' file-file lama dalam pen-drive terjumpa pulak file video yang papa ambil semasa hari raya 4 tahun lepas iaitu tahun 2006. Jadi kat sini papa letak video tersebut untuk tatapan semua. Dalam masa 4 tahun ni memang terlalu banyak yang 'berlaku' dan 'berubah', dan..ada juga yang telah 'tiada'...