8th of November ( Papa on leave )
4:22 PM | 0 Comments
6th of November ( Kembali aktif)
7:51 PM | 1 Comments

22 Sept ( Selepas Raya.. )
6:45 AM | 0 Comments
10 September (1 Syawal)
6:57 AM | 0 Comments
20 August ( 10 Ramadhan )
8:28 PM | 0 Comments
Hari ini jumaat 20 Ogos bersamaan 10 Ramadhan. Sekejap betul rasanya, pejam celik pejam celik bulan Ramadhan dah nak masuk pertengahan bulan. Sememangnya bulan Ramadhan merupakan suatu bulan yang amat istimewa dan penuh dengan keberkatan serta cabaran. Bagi seorang insan yang beriman kepada Allah swt sudah pasti akan dapat merasai akan keberkatan serta cabaran yang datang pada bulan yang mulia ini.
Tidak semua orang sebenarnya yang menyedari atau merasai keistimewaan bulan Ramadhan Al-mubarrak ni. Sebabnya...penghayatan terhadap ibadah puasa itu sendiri yang agak kurang kerana rata-rata antara kita yang lebih tertumpu kepada menahan diri dari lapar semata-mata pada siang hari dan pada sebelah malamnya pulak 'kena' dirikan solat terawih, ianya bagaikan menjadi suatu 'adat' bukannya ibadat tanpa disedari. Apa-apa pun semua itu berdasarkan sejauh mana tahap penghayatan serta keikhlasan individu itu sendiri.
Hari ni kebetulan papa cuti jadi dapat la ambil kesempatan membantu mama tengok-tengokkan anak-anak. Fuh...memang mencabar betul dengan pelbagai kerenah diaorang ni bagai tak menang tangan dibuatnya. Bila difikirkan balik betapa hebatnya para ibu yang perlu menghadapi semua ini tanpa ada hari cuti, kalau ada pun bila dah tak boleh bangun kerana sakit atau demam. Begitu besar sekali pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu, namun.. mungkin tak semua merasai akan cabaran sebegitu kerana ada sesetengah dari golongan yang menggelarkan diri mereka seorang 'ibu' lebih rela melepaskan tanggunjawab mereka kepada orang gaji malah ada yang lebih teruk kepada bonda mereka yang sudah lanjut usia. Alasannya..sibuk kerana bekerja..No komen..tepuk dada tanya diri sendiri.
Bagi papa tak ada apa yang boleh diberi respon kerana segalanya terserah kepada diri masing-masing.Kebelakangan ini gejala keruntuhan moral serta masalah anak 'derhaka' kerap kali disiarkan dalam media cetak maupun elektronik. Rasanya isu sebegini memang kerap menjadi agenda kepada para pemimpin masyarakat sehinggalah ke topik perbualan harian para surirumah kita. Cuma yang paling tak menyenangkannya adalah lebih ramai yang suka memperbualkan tentang kisah-kisah yang berlaku dari cuba mencari punca yang menyebabkan ianya berlaku. Tapi rasanya memang dah jadi fitrah manusia yang lebih gemar kepada 'mengomel' dari membantu.
Berbalik kepada kerenah anak-anak ni, hari ni mood mama memang kurang 'enak' betul sebab pagi-pagi lagi angah dah buat perangai. Dalam kes ni papa tak boleh komen apa-apa sebab jika papa sendiri pun kalau berada dalam situasi mama mungkin senarionya tak berubah sangat kot, cuma yang boleh buat hanya follow-up semampu mungkin.Kerenah anak-anak sememangnya satu perkara yang sungguh unik dan rumit serta sukar diramalkan, walaupun kanak-kanak pada sekilas pandang kelihatan amat simple namun ianya mampu membawa kita ke satu tahap yang amat sukar diduga serta boleh mencabar kesabaran dan kewibawaan diri.Kalau tak percaya takkan la ada kes penderaan dan sebagainya. Pada awalnya situasi amat mudah iaitu kanak-kanak menangis kerana inginkan 'sesuatu', tapi kita yang dewasa ni pulak tak mampu untuk memahami maksud 'sesuatu' tersebut. Akhir sekali sebagai jalan mudah bagi menyelesaikan masalah, kita orang dewasa ni dengan pantas menggunakan cara 'kekerasan'.Selebihnya masing-masing boleh fikirkan sendiri kesudahan.
Papa pun kalau boleh cuba sedaya yang mungkin bagi mengelak kitaran yang buruk ini dari berlaku. Setiap perkara itu pasti ada jalannya cuma bergantung kepada kehendak diri sendiri.
13 August ( 3 Ramadhan )
9:35 PM | 0 Comments
10 August
7:47 AM | 0 Comments
04 August
5:25 PM | 0 Comments
31 July ( Hari Pahlawan )
8:56 AM | 0 Comments
27 July ( Nisfu Sya'ban )
9:32 AM | 0 Comments
25 July
12:05 AM | 0 Comments
Anak-anak, cucu-cucu serta menantu (Sebahagian aje sebab ada tak sempat masuk..)
Semalam, setelah sekian lama, kami adik-beradik akhirnya dapat berkumpul bersama kat rumah Tok Ma kat kampung Tunjung. Rasanya inilah kali pertama semenjak Tok Ma berpindah rumah dari Cabang 4 Salam Rantau Panjang ke kampung Tunjung Kota Bharu.

Cucu-cucu Tok Ma
Kebiasaannya bila ada sesuatu majlis kenduri dan sebagainya mesti tak dapat berkumpul semua sebab masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan tambah pulak semuanya tinggal berjauhan.
Papa pun sebenarnya memang happy jugak la sebab peluang sebegini bukannya senang nak dapat, entah bila pulak bakal menjelma agaknya. Cuma berjuta kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinannya kami adik-beradik masih lagi hidup berharmoni tanpa bermasam muka, segala perselisihan yang timbul masih mampu ditangani secara toleransi. Moga-moga ianya terus berkekalan.
Lazatnya....
15 July ( Cermin diri )
10:09 PM | 0 Comments

Semakin hari anak-anak kian membesar, bermakna cabaran dalam mendidik juga semakin bertambah. Masa kecik-kecik tu apa yang kita suruh atau larang mungkin akan diikuti dengan tanpa banyak bantahan tapi bila semakin membesar, semakin banyak la kedengaran suara-suara 'bantahan' dari mereka.Sememangnya ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita sebagai insan biasa namun apa yang penting sejauh mana kita mampu menilai semula apa sebenarnya yang berlaku. Pernahkah kita fikirkan atau dalami mengapa anak-anak kita boleh jadi begini, tidak wajar rasanya kita hanya letakkan segala-galanya sebagai 'lumrah' atau 'fitrah' semata-mata.
Pernahkah kita cuba cerminkan diri berdasarkan tingkah laku atau perangai anak-anak kita sendiri. Seandainya kita cuba luangkan sedikit masa dan cuba renungkan kembali satu persatu gerak geri atau perwatakan anak-anak, pasti kita mampu jadikannya sebagai bahan muhasabah diri seterusnya sebagainya garis panduan untuk kita teruskan penghidupan sebagai makhluk 'termulia' di bumi Allah ini.
Mencari 'kelemahan' serta 'kekurangan' diri itu amat susah kerana kita sebagai manusia biasa pastinya agak sukar untuk menerimanya, yang pasti kita akan mudah 'mengira' segala 'kebaikan' berbanding 'kejahatan' yang telah kita lakukan. Perhatikanlah segala kekurangan atau kejelekkan orang lain dari sudut pandangan kita dan jadikanlah ianya sebagai garis panduan atau pedoman diri bukannya untuk bahan untuk mencemuh atau mengutuk.
Kita harus ingat setiap insan itu ada kekuatan serta kelemahan tersendiri, oleh itu tidak wajar sama sekali jika kita memandang rendah akan seseorang bila melihat kekurangan mereka kerana mungkin dari satu sudut yang lain mereka lebih elok berbanding dengan diri kita.
8th July
9:31 AM | 0 Comments
Pada hari Ahad yang lepas kami sekeluarga telah pegi ke fun fare atau 'expo' kat tepi sungai Kelantan berhampiran TESCO. Seronok betul along, angah dan adik. Sebenarnya diaorang bertiga ni tak pernah pergi ke mana-mana fun fare yang agak besar macam ni.4th July ( shopping )
8:34 AM | 0 Comments
Hari ni papa cuti lagi, bestnya.. tapi along sekolah jadi tak boleh la nak 'merayap' jauh sangat sebab along balik pukul 3:30, nanti tak sempat pulak.3rd July
10:22 AM | 0 Comments
Papa sedar masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu dipelajari serta tempuhi demi mengekalkan kebahagiaan di hari mendatang, namun pengorbanan yang diberikan oleh mama sememangnya amat besar serta begitu bermakna, rasanya amat sukar untuk diucapkan tanda terima kasih dengan kalimah semata-mata , hanya Allah sahaja yang mengentahuinya.
Keutuhan serta keharmonian sesebuah perkahwinan itu amat-amat memerlukan pengorbanan serta toleransi dari kedua belah pihak, namun adalah tidak wajar jika kita mengimpikan kesempurnaan semata-mata kerana kita harus ingat dan sedar bahawa isteri kita merupakan seorang manusia atau makhluk ciptaan Allah, dan tak mungkin akan wujud kesamaan dalam segenap segi samada dari segi kegemaran atau sebagainya kerana kita perlu ingat yang pasangan kita itu merupakan 'orang lain' bukannya 'klon' diri kita.
2nd July
9:51 AM | 0 Comments
Lapan minit lagi jam 1 pagi akan berdetik, kat tv sekarang ni sedang berlangsung siaran 'ulangan' perlawanan bola sepak piala dunia Brazil menentang Belanda. Sebenarnya result tu dah tahu sebab masa balik dari kerja tadi sempat jugak intai-intai di skrin besar kat kedai makan, tapi papa terus balik rumah sebab hari dah agak lewat lagipun perut pun dah tak berapa senang kerana lapar. 1st July
8:25 AM | 0 Comments
28th June
8:52 AM | 0 Comments
Kalau diikutkan , mata tu rasanya hampir tak dapat nak celik langsung kerana terlalu mengantuk, tekan keyboard pun macam tak tahu buat apa..hu..hu haru dibuatnya.
Hari ni merupakan hari pertama along menghadapi mid term exam, kalau tengokkan tuan empunya diri penuh dengan keyakinan. Entahlah, susah betul nak menjangkakan kerenah along, mudah merajuk pulak tu, ...along...along..tapi kebelakangan ni boleh la tahan sikit mungkin sebab dah 'besar' kot..
.......zzzzzzz...zzz...zzz..
27th June
9:14 AM | 0 Comments
Namun jika diamati dengan teliti sebahagian besar manusia terlalu bersifat pentingkan diri sendiri atau memandang rendah orang lain terutama sekali dikala berhadapan dengan golongan yang terkebawah statusnya berbanding dengan kita. Ini semua berlaku samada dalam sedar atau tidak. Dan..pada hakikatnya penyakit ini terlalu sukar untuk diubati terutama bila manusia itu sudah menjadikan 'nafsu' sebagai 'pemerintah' di dalam diri.
Banyak-banyaklah beristighfar serta memohon pertolongan dari Allah swt agar diri kita dihindari dari dihinggapi dengan sifat sebegitu.
Tadi, semasa asyik blog-walking terjumpa satu blog yang boleh tahan juga isi kandungannya. Rasanya elok sekali jika dijadikan sebagai satu bahan rujukan atau peringatan. Sebenarnya terdapat banyak blog-blog sebegini di dalam internet, namun segalanya terserah kepada diri kita bagaimana untuk mencari, membaca, meneliti serta mengkaji segala yang tertulis. Namun, sebagai peringatan, pastikan kita juga mesti bijak memilih atau menilai akan kesahihan fakta-fakta dari isian blog tersebut terutama jika berkaitan dengan hadis-hadis nabi serta hukum-hukum agama.
Maha Suci Allah yang telah memberi kita peluang yang begitu banyak bagi mencari ilmu-ilmunya yang tak terkira banyaknya pada zaman ini. Kalaulah pada zaman dahulu terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan bagi memperolehi ilmu-ilmu sebegini, namun dengan adanya kemudahan internet seperti sekarang segalanya mampu diperolehi dengan amat mudah serta cepat sekali. Segala puji bagi Allah di atas segala rahmat serta kemudahan yang dikurniakan ini.
26th JUNE
5:50 PM | 0 Comments

Yea..!!papa is holiday today....jerit anak-anak. Gembira sungguh mereka, papa pun apa kurangnya memang suka bila dapat cuti.
Minggu ni cuti satu hari aje jadinya aktiviti tu mungkin agak 'penuh' la sikit tapi tak kisah janji kami sekeluarga happy..Tapi memandangkan minggu depan along ada mid term exam, tak boleh nak 'lara-lara' sangat..saja berpesan kepada diri sendiri.
Eiii...mama dok menjengok pulak, tunggu yeak ikut turn..apa nak buat laptop ada satu je, desktop pulak dah 'dirampas' oleh adik sebab nak tengok dora the explorer.
Pagi ni sambil dok minum kopi ada topik yang agak hangat terluah dari mulut mama...orang kata terlajak perahu boleh diundur terlajak kata..padah jawabnya..memang hangat topik ni sebenarnya..dan ianya suatu isu yang tak pernah 'selesai' sejak berzaman tanpa sebarang penyelesaian sebabnya selagi manusia tu ada mulut dan bukannya 'malaikat' maka jawapannya tetap akan jadi sama. Cuma satu aje nasihat papa pada mama ..tak payah ikut apa orang nak kata sebab tak mungkin kita akan mampu memenuhi kehendak mereka sebab memang dah fitrah manusia yang tak pernah 'puas' hati dengan apa orang lain buat atau ada.
Ada satu lagi topik menarik..semalam angah ada 'cakap' kat mama.." mama... sekarang angah dah boleh 'marah'kan sebab angah dah besar...", Sebenarnya angah baru aje menyambut hari jadi yang ke-5. Memang terkedu betul kami berdua dibuatnya, memang tak sangka betul. Bila difikirkan balik patutla dia begitu teruja sangat nak sambut birthday kali ni.
Entahlah mungkin cara didikan kami menyebabkan angah terdidik macam tu..Apa-apa pun ianya telah menyebabkan kami terpaksa review balik corak didikan kami.
Memang susah betul nak didik anak, tapi bila anak-anak dah besar berjaya dalam bidang masing-masing , masa tu lah baru terasa kepuasan di atas segala penat lelah selama ni.
24 JUNE
9:36 AM | 0 Comments

20 JUNE
8:45 AM | 1 Comments
Hari pertama persekolahan selepas cuti 2 minggu semester pertama, Along happy semacam aje dapat pergi sekolah. Along ni kira ok jugak lah sebab memang suka ke sekolah, tak perlu paksa-paksa.19 JUNE
8:54 PM | 0 Comments

14 JUNE
9:03 AM | 0 Comments
Bola..bola..bola..sana sini asyik keluar cerita pasal bola aje sekarang ni, apa taknya kan sedang dalam kehangatan demam piala dunia. Walaupun negara kita tak 'dapat' atau lebih tepat lagi tak melayakkan diri, namun itu semua tidak menghalang setiap peminat bola untuk sama-sama merasakan kehangatannya.
Kat rumah ni hanya papa aje yang terkena 'demam' World Cup ni, mama memang tak minat mana bola, along angah adik kecik lagi, jadi keserongan la papa jawabnya, tambah pulak sekarang ni TV tak dapat tengok kat rumah, fuh.. hanya perkembangan dari internet aje lah buat 'pengubat' badan.
Dalam dunia ni manusia sering bertelagah mengenai banyak perkara, namun terdapat dua benda yang secara semulajadinya mampu membuat kita rela melupakan segala sengketa atau sempadan bangsa atau negara iaitu muzik dan bola. Pelik sungguh tapi itulah kekuasaan Allah yang entah kita sedar atau tidak.Kedua-duanya memang sudah terbukti mampu menyatukan manusia, kalau tak percaya cuba tengok konsert-konsert muzik atau pertandingan bola peringkat dunia, manusia mampu duduk sebumbung tanpa mengira warna kulit atau bahasa, segalanya terumpu pada satu matlamat atau sokongan.
p/s pada masa tulis blog ni baru aje tamat perlawanan jepun menentang cameroon, jepun menang 1-0, nampaknya pasukan dari Asia agak menyerlah kali ini.
12 JUNE
9:19 PM | 0 Comments
Sabtu minggu ni papa dapat cuti lagi, tapi disebabkan cuti satu hari saja, aktiviti pun tak la berjauhan sangat dari lingkungan rumah, dan seperti biasa aktiviti pagi dimulakan dengan sarapan kat 'luar' cuma hari ni berbeza sikit sebab 'pok loh roti canai tutup, jadi kitaorang makan nasi lemak kat stadium, boleh tahan juga sedapnya, dan..selepas tu terus ke Kedai buku Muda Osman berhadapan stesyen bas Kota Bharu. Walaupun hari ni cuti am kat Kelantan tapi nampak tak sibuk sangat mungkin hari masih awal kot.
Cuti sekolah pun masih ada seminggu lagi, jadi kemeriahan 'gulai kahwin' pun masih belum menampakkan tanda nak reda, hari ni pun papa 'kena' satu tempat kat Ketereh, eii..bila difikirkan traffic jam yang bakal bersua malas rasanya nak pegi, tapi apa boleh buat bila dah dijemput wajib pegi.
Bila sebut pasal kenduri kahwin ni teringat pulak kisah dulu-dulu. Tahun ni dah nak masuk 10 tahun kami melangsungkan perkahwinan. Along pun dah masuk darjah tiga sekarang. Tapi walaupun angka tahun tu menghampiri '2' digit terasa masih lagi 'baru' dan sememangnya amat bahagia. Seandainya ditanya adakah anda bahagia sekarang, papa akan terus jawab ya memang bahagia tanpa teragak-agak, dan seandainya diberi peluang untuk kembali semula ke zaman silam, pastinya papa akan pilih insan yang 'sama' sebagai pasangan hidup papa. Jutaan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana menganugerahkan keluarga yang bahagia sekarang ni, semuanya berada dalam kesederhanaan, itu yang paling suka sebab mama dan anak-anak sentiasa menerima seada yang termampu hidup ini.
10 JUNE
9:54 AM | 0 Comments
Cuti sekolah pulak dah nak masuk minggu kedua, kasihan Along, Angah,Adik sebab tak dapat pegi bercuti jauh sikit dari rumah. Kebetulan papa sibuk sekarang ni. Ingat tu minggu depan nak ambil cuti sehari dua nak bawak diaorang jalan-jalan tapi kalau diikutkan hati tu malas sebenarnya nak pegi jauh-jauh. Satunya banyak habis duit, keduanya bila difikirkan akan tahap keselamatan di jalan raya sekarang ni, uuu...ngeri semacam je.
Kebelakangan ni mama penat semacam je. Sekarang ni Along cuti sekolah, jadi aktiviti dengan anak-anak tu berlipat ganda la jawabnya terutama Angah, lagi mudah 'tergelincir' dari kawalan sebab ada 'kawan'..Along. Tambah pulak Adik pun semakin menjadi-jadi perangai 'baik' dia tu, fuu..pasti tak menang tangan mama dibuatnya nak melayan kerenah budak-budak tu, ..tabik mama...harap-harap mama dapat melipat ganda lagi tahap kesabaran yang luar biasa tu.
Sememangnya "anak-anak tu anugerah dari Allah kepada kita, jadi sudah menjadi tugas ibu bapa untuk mencorak tapak perjalanan hidup mereka"..kata-kata ni sememangnya kerap kali kita dengar dan memang amat mudah sekali dimadahkan dengan kata-kata, tapi berapa ramai sebenarnya 'insan' yang mampu melaksanakan 'semudah' atau 'secantik' ungkapan keramat tersebut.
Saban hari kita digemparkan dengan kes penderaan kanak-kanak, sekali keluar berita di dada akhbar atau sebagainya ramai pakat kutuk 'si pendera', tapi cuba kita ambil masa buat seketika adakah kita tak pernah menghadapi situasi si pendera....Tambah pulak sekarang ni zaman orang lebih 'rela' tinggalkan anak kepada pengasuh demi mengejar kesenangan di masa depan buat diri sendiri dan anak-anak 'kononnya', jadi tak ramai rasanya mampu merasai situasi 'sebenar' bila berhadapan dengan kerenah anak-anak. Ditambah lagi dengan 'tahap' keimanan umat pada akhir zaman ni, emm...penuh dengan tanda tanya rasanya.
Kebimbangan serta kurang keyakinan diri tu memang sentiasa mengiringi diri tapi itu semua bukannya perlu menjadi alasan untuk kita melepaskan 'amanah' yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Moga pertolongan serta keberkatan dari Allah sentiasa dilimpahi dalam mendidik anak-anak..yang penting segalanya bergantung kepada keihlasan diri.
6 JUNE
10:21 AM | 0 Comments
Sebenarnya aktiviti 'menjelajah' kedai buku ni memang kegemaran kami sekeluarga, malah boleh dikatakan 'perkara' yang hampir wajib kitaorang lakukan sekiranya Papa cuti. Bukannya sentiasa beli buku tapi biasanya beli setakat sebiji dua aje tapi duduk punyalah lama, he..he..seronok terutama sekali kedai buku Popular sebab dia ada bermacam jenis buka yang boleh dikira agak berlainan sikit dari kedai-kedai lain yang ada kat KB ni.
Kalau masa kat Tokyo dulu pun Papa memang suka melepak kat kedai buku tambah pulak kedai tu besar dan digabung bersama dengan kedai CD. Tambah pulak CD tu boleh 'test' dengar bukannya setakat satu lagu, satu album pun boleh, fuhh...best betul.
Orang kata budaya membaca memang terkenal dikalangan orang Jepun. Emm..berdasarkan pengalaman Papa itu mungkin betul tapi jika dikira dari sudut kualiti bahan yang dibaca tu rasanya perlu diletak tanda '?", mengapa?? sebabnya berdasarkan pengalaman Papa kebanyakkan bahan yang dibaca tu 'komik' atau dalam bahasa Jepun kita panggil Manga. Ini hanyalah pandangan pribadi berdasarkan pengalaman 6 tahun tinggal di sana.
Satu perkara lagi ada juga faktor penyebab yang menyebabkan orang jepun jadi suka membaca iaitu faktor 'kemudahan' untuk mendapatkan sumber bacaan. Bahan-bahan tersebut amat mudah diperolehi dari serata tempat samada dibeli atau 'percuma'. Maksud percuma ni lepas habis baca diaorang terus buang tapi bukan semua orang. Disebabkan kat sana sampah dibuang mengikut katogari jadi takde masalah la kalau kita nak ambil yang orang dah buang sebab mereka buang pun dalam tong sampah khas untuk 'kertas'. Tambah lagi dari segi penggunaan khidmat online pun memang memberangsangkan sebab sesetengah syarikat penerbitan menyediakan khidmat 'baca' novel yang dihantar terus ke h/phone, bestkan.
5 JUNE
5:58 PM | 0 Comments
Ingat tu nak juga pegi mana-mana sempena cuti sekolah, tapi rasanya belum terlaksana lagi kot. Sebabnya..?? bermacam-macam sebab berkaitan antara satu sama lain.
Pagi tadi masa sarapan , angah ada tertanya " ..dulu papa sekolah kat mana?..", entah mengapa rasa tersentak seketika bila terdengar soalan tu, sememangnya soalan tu bunyinya biasa aje tapi disebabkan sekarang ni asyik terlalu 'sibuk' dengan hal-hal 'sekarang' jelas terasa diri ni terlupa terus apa yang dilalui dulu-dulu. Orang kata takde masa lansung terluang untuk melayani 'Nostalgia silam'.
Orang kata tak payah la diungkit yang dah lepas, tapi sebenarnya pada satu sudut kita perlukan juga 'hal' yang dah lepas untuk dijadikan sebagai bahan rujukan atau garis panduan bagi diri sendiri maupun dalam didikan anak-anak.
Bagi aku, memang tak suka sangat nak 'mainkan' balik wayang silam tapi jika yang positif tu ok juga la sebagai penghibur diri sendiri,mungkin juga mampu untuk melepaskan sedikit rasa tekanan yang dibebani seharian.
Nampaknya anak-anak dah semakin besar, apa taknya hari ni along dah minta mama buatkan satu 'blog' untuk dia. Jelas terasa akan peningkatan umur diri yang sememangnya dah tak boleh dihentikan oleh walau sesiapa sekalipun kecuali Yang Maha Esa.
3 JUNE
10:00 AM | 0 Comments
Kadang-kadang tu ada terfikir jugak yang aku ni terlalu 'mengejar keduniaan', ye la bila dah kerja tu khusyuk sangat sampai makan pun boleh pass-pass camtu je nasib baik la solat tu masih lagi aku tunaikan.
Entahlah aku pun tak nak komen apa-apa, cuma terserahlah pada orang nak menilai macamana, tapi aku cuba lakukan segala tugasan yang diberi tu seikhlas yang mungkin serta diniatkan untuk beribadat kepada Allah swt disamping melaksanakan tanggunjawab yang sepatutnya sebagai ketua keluarga sebaik yang mungkin. Aku tahu keikhlasan itu bukannya suatu yang mudah tapi bukan juga mustahil untuk dilaksanankan, ianya terletak kepada keinginan individu itu sendiri.
01 JUNE
7:22 AM | 0 Comments
Bila hujung bulan serta awal bulan camni memang sibuk betul semuanya nak closing, kalau takde masalah takpe, yang tak tahannya kena pulak sediakan report mengapa begitu , mengapa begini, eii..pening kepala nak menjawabnya.
Syukurlah keluarga begitu memahami situasi terutama sekali mama sememangnya sentiasa sudi memberi sokongan jadi bila balik ke rumah tu berkurang la sikit beban tekanan kerja tu. Cuma hari ni aku balik agak awal sikit (pukul 7) sebab angah demam.Jadinya dengan tergesa-gesa aku balik tadi. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik sekarang.
30 MAY
7:33 AM | 0 Comments
Cuma kerja kat office hari nak kata sibuk tu tak juga sebab hari ni kan hari ahad, jadi HQ pun cuti, senyap je lah telefon tu, tenang jiwa rasanya. Oleh kerana kerja pun tak ada yang perlu disiapkan segera, pukul 3 lebih sikit aku dah melangkah untuk balik ke rumah kebetulan ada seorang lagi PC incharge yang datang hari ni, jadi boleh la balik awal sikit.
Sebenarnya semalam dah cuti, tu la rasa tak 'bersemangat' sangat nak pegi kerja hari ni. Tapi nak buat camana dah giliran kita.
Tak tau pulak apa nak tulis lagi sebab idea tu bagaikan 'kosong' semacam je, mungkin dah mengantuk kot, apa taknya sekarang ni dah pukul 10:45, anak-anak semua dah terlena.
Hidangan makan malam kami " Nasi lemak ", nampaknya mama pun dah semakin mahir dengan sambal nasi lemak ni, berselera betul kami makan.
Bercakap tentang makan ni sebenarnya secara ikhlas aku lebih suka makan kat rumah berbanding kat luar walaupun hidangannya simple saja .Susah sikit nak terangkan tapi bila makan kat rumah tu rasa kenyang tu memang lain sikit, terasa ada kepuasan tersendiri yang sukar dikecapi semasa kita makan kat luar. Salah satu sebabnya mungkin sebab lepas makan tu kita boleh terus rehatkan badan tanpa perlu fikirkan tentang nak balik atau sebagainya. Lagipun dari segi kosnya pun boleh tahan sangatlah jimatnya...
29 MAY
8:21 PM | 0 Comments
Along pun cuti hari ni, jadi mama pun 'off' sama home school dia..Jadinya kami sekeluarga bersantai sakan la jawabnya. Over sangat kot perkataan santai tu tapi memang camnilah selalunya bila papa dan along cuti. tak kisahlah kan asal hati senang, keluarga kekal bahagia.
Sarapan hari ni dengan roti canai kat kedai yang selalu kitaorang pegi masa papa cuti. Kedai tu berada berhadapan "mee kanpung pek cawangan jalan pengkalan Chepa". Roti canai Pok Loh.
Selepas sarapan kat situ rasa malas pulak nak balik terus jadi singgah dulu kat Taman Tengku Anis, best jugak pegi time camni sebab orang pun tak ramai sangat, berangin pulak tu, fuhh..relax...Along,Angah,Adik pun happy semacam je dapat main puas-puas.Tengok la riak muka diaorang tu ..
27 MAY
8:47 AM | 0 Comments
Cuma sejak kebelakangan ni aku cuba meminimakan kerja lebih masa semampu yang mungkin. Aku cuba untuk memberi lebih masa untuk bersama anak-anak dan isteri. Rasanya rugi sangat jika masa aku hanya habis kat tempat kerja aje. Nantikan bila anak-anak dah besar, barulah menyesal kerana tak banyak kenangan yang boleh diimbas kembali ketika berada bersama anak-anak.
Sememangnya kerja itu satu tanggunjawab yang wajib dipikul oleh setiap lelaki yang berpangkat sebagai 'ketua keluarga' bagi sesebuah insitusi keluarga, namun kita juga harus ingat akan haq-haq kita kepada anak-anak, isteri serta yang paling penting sekali haq kepada ALLAH swt. Kerja jika diikutkan hati tak pernah mengenal erti siap, ada-ada aje yang perlu dibuat, namun terserahlah kepada individu itu sendiri yang sejauh mana mereka mampu untuk menguruskannya dengan bijak dan berkesan.
26 MAY
7:23 AM | 0 Comments
Mama?? tidur?...ye ke? rasanya belum lagi. Papa? hah apa lagi sedang menulis blog la ni..
Hari ni kerja kat ofis banyak sikit, tambah lagi dengan bermacam masalah yang timbul, apa boleh buat dah fitrah kerja. Cuma yang bestnya bila balik rumah tengok muka anak-anak semuanya ceria, tambah pulak disambut dengan senyuman manis dari Mama, hilang sikit rasa kepenatan. Sebenarnya aku rasa sungguh beruntung kerana setiap kali balik dari tempat kerja amat jarang aku disambut dengan keserabutan rumah atau isteri yang tak terurus. Anak-anak pun happy semacam je, sampai melompat-lompat keriangan bila tengok papa diaorang balik macam tak jumpa sebulan. Mama pun apa kurangnya, fuhh...ni nak balik cepat hari-hari ni.
Moga-moga ianya berkekalan buat selamanya, amin..
Kadang-kadang rasa hairan tu ada jugak bila tengok sesetengah isteri yang 'dressing' ala kadar aje bila ada kat rumah, make-up jauh sekali. Kalau masa nak ke pasar ke, nak pegi keja ke atau ke mana aje lah keluar dari rumah, mak oii berbeza betul siap dengan make up ditambah perfume semerbak mewangi kata orang. Samada sedar atau tidak itu semua bakal menjana dosa semata-mata kerana dalam islam seseorang isteri hanya boleh 'berhias-hias' untuk suami serta keluarga terdekat sahaja. Rasanya mungkin ramai 'wanita-wanita' di luar sana akan melenting bila terbaca tentang hal ini, semestinya masing-masing akan memberi bermacam alasan tersendiri. Sememangnya susah untuk disangkal kerana setiap orang ada nawaitu tersendiri, cuma diharap ianya datang atau diniatkan atas rasa keikhlasan kerana ALLAH swt semata-mata.
25 MAY
7:17 AM | 0 Comments
Macam biasa bila balik penat sungguh tengok MAMA, kesian dia kerana terpaksa mengurus rumah sendirian ditambah lagi kena melayan kerenah anak-anak, fuh.. kalau aku rasanya bagi satu hari pun dah tumbang kot. Satu lagi cara mendidik anak-anak, memang tegas sikit tapi dalam masa yang sama terselit rasa kasih seorang ibu kepada anaknya. Sebab tulah kadang-kala aku ada juga rasa yang MAMA terlalu bertegas dengan anak-anak tapi bila difikirkan balik ada rasionalnya, jadi last sekali aku diamkan saja...demi untuk kebaikan anak-anak juga.
Tugas seorang ibu atau bapa sememangnya amat berat tapi berapa ramai yang betul-betul sedar atau memahaminya hakikat ini hanya Allah swt saja yang tahu. Sememangnya ramai pandai berhujah bila merperkatakan tentang tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak , namun dari segi praktikalnya berapa kerat sangat yang mampu, itulah hakikat...
24 MAY
8:21 AM | 0 Comments
Jika diambil kira angka '36' tu sepatutnya aras kematangan pun boleh dianggap berada pada tahap yang agak tinggi juga, tapi bila dicerminkan balik diri ni, emm...terlalu banyak lagi sudut yang boleh dipertikaikan akan tahap 'kematangannya'.
16 May
8:36 AM | 0 Comments
Namun, di dalam kemeriahan sambutan hari guru yang diadakan pada saban tahun, berapa ramaikah di antara kita yang begitu menghayati apakah itu jasa seorang guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam pada itu entah mengapa sejak kebelakangan ini sambutan hari guru dirasakan bagaikan lebih kepada "keterpaksaan", jelas terasa akan kurangnya unsur "keikhlasan".
Cuma, rasanya tak begitu ramai yang menyedari akan hakikat ini, walaupun ada hanya sekadar membiarkan berlalu begitu saja kerana menganggap ianya tidak begitu penting atau remeh.
"Guru" atau "Cikgu" jika pada suatu ketika dulu merupakan suatu jawatan yang paling disegani oleh segenap lapisan masyarakat yang pernah menjejaki alam persekolahan. Tapi.. entah mengapa pada saat ini ianya bagaikan "hilang" daulatnya, mengapa?
Soalan ini rasanya tidak wajar untuk diajukan kepada warga pendidik itu sendiri kerana sudah menjadi logik akal manusia yang amat jarang sudi membuka kelemahan atau kekurangan diri kepada orang lain.
Jadi yang pasti setiap kita sudah ada jawapannya namun amat sukar untuk diluahkan di atas pelbagai sebab yang perlu ditimbang atau dijaga. Apa-apa pun orang kata tepuk dada tanya diri.


