31 July ( Hari Pahlawan )
8:56 AM | 0 Comments
27 July ( Nisfu Sya'ban )
9:32 AM | 0 Comments
25 July
12:05 AM | 0 Comments
Anak-anak, cucu-cucu serta menantu (Sebahagian aje sebab ada tak sempat masuk..)
Semalam, setelah sekian lama, kami adik-beradik akhirnya dapat berkumpul bersama kat rumah Tok Ma kat kampung Tunjung. Rasanya inilah kali pertama semenjak Tok Ma berpindah rumah dari Cabang 4 Salam Rantau Panjang ke kampung Tunjung Kota Bharu.

Cucu-cucu Tok Ma
Kebiasaannya bila ada sesuatu majlis kenduri dan sebagainya mesti tak dapat berkumpul semua sebab masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan tambah pulak semuanya tinggal berjauhan.
Papa pun sebenarnya memang happy jugak la sebab peluang sebegini bukannya senang nak dapat, entah bila pulak bakal menjelma agaknya. Cuma berjuta kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinannya kami adik-beradik masih lagi hidup berharmoni tanpa bermasam muka, segala perselisihan yang timbul masih mampu ditangani secara toleransi. Moga-moga ianya terus berkekalan.
Lazatnya....
15 July ( Cermin diri )
10:09 PM | 0 Comments

Semakin hari anak-anak kian membesar, bermakna cabaran dalam mendidik juga semakin bertambah. Masa kecik-kecik tu apa yang kita suruh atau larang mungkin akan diikuti dengan tanpa banyak bantahan tapi bila semakin membesar, semakin banyak la kedengaran suara-suara 'bantahan' dari mereka.Sememangnya ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita sebagai insan biasa namun apa yang penting sejauh mana kita mampu menilai semula apa sebenarnya yang berlaku. Pernahkah kita fikirkan atau dalami mengapa anak-anak kita boleh jadi begini, tidak wajar rasanya kita hanya letakkan segala-galanya sebagai 'lumrah' atau 'fitrah' semata-mata.
Pernahkah kita cuba cerminkan diri berdasarkan tingkah laku atau perangai anak-anak kita sendiri. Seandainya kita cuba luangkan sedikit masa dan cuba renungkan kembali satu persatu gerak geri atau perwatakan anak-anak, pasti kita mampu jadikannya sebagai bahan muhasabah diri seterusnya sebagainya garis panduan untuk kita teruskan penghidupan sebagai makhluk 'termulia' di bumi Allah ini.
Mencari 'kelemahan' serta 'kekurangan' diri itu amat susah kerana kita sebagai manusia biasa pastinya agak sukar untuk menerimanya, yang pasti kita akan mudah 'mengira' segala 'kebaikan' berbanding 'kejahatan' yang telah kita lakukan. Perhatikanlah segala kekurangan atau kejelekkan orang lain dari sudut pandangan kita dan jadikanlah ianya sebagai garis panduan atau pedoman diri bukannya untuk bahan untuk mencemuh atau mengutuk.
Kita harus ingat setiap insan itu ada kekuatan serta kelemahan tersendiri, oleh itu tidak wajar sama sekali jika kita memandang rendah akan seseorang bila melihat kekurangan mereka kerana mungkin dari satu sudut yang lain mereka lebih elok berbanding dengan diri kita.
8th July
9:31 AM | 0 Comments
Pada hari Ahad yang lepas kami sekeluarga telah pegi ke fun fare atau 'expo' kat tepi sungai Kelantan berhampiran TESCO. Seronok betul along, angah dan adik. Sebenarnya diaorang bertiga ni tak pernah pergi ke mana-mana fun fare yang agak besar macam ni.4th July ( shopping )
8:34 AM | 0 Comments
Hari ni papa cuti lagi, bestnya.. tapi along sekolah jadi tak boleh la nak 'merayap' jauh sangat sebab along balik pukul 3:30, nanti tak sempat pulak.3rd July
10:22 AM | 0 Comments
Papa sedar masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu dipelajari serta tempuhi demi mengekalkan kebahagiaan di hari mendatang, namun pengorbanan yang diberikan oleh mama sememangnya amat besar serta begitu bermakna, rasanya amat sukar untuk diucapkan tanda terima kasih dengan kalimah semata-mata , hanya Allah sahaja yang mengentahuinya.
Keutuhan serta keharmonian sesebuah perkahwinan itu amat-amat memerlukan pengorbanan serta toleransi dari kedua belah pihak, namun adalah tidak wajar jika kita mengimpikan kesempurnaan semata-mata kerana kita harus ingat dan sedar bahawa isteri kita merupakan seorang manusia atau makhluk ciptaan Allah, dan tak mungkin akan wujud kesamaan dalam segenap segi samada dari segi kegemaran atau sebagainya kerana kita perlu ingat yang pasangan kita itu merupakan 'orang lain' bukannya 'klon' diri kita.
2nd July
9:51 AM | 0 Comments
Lapan minit lagi jam 1 pagi akan berdetik, kat tv sekarang ni sedang berlangsung siaran 'ulangan' perlawanan bola sepak piala dunia Brazil menentang Belanda. Sebenarnya result tu dah tahu sebab masa balik dari kerja tadi sempat jugak intai-intai di skrin besar kat kedai makan, tapi papa terus balik rumah sebab hari dah agak lewat lagipun perut pun dah tak berapa senang kerana lapar. 1st July
8:25 AM | 0 Comments


