Hari pertama persekolahan selepas cuti 2 minggu semester pertama, Along happy semacam aje dapat pergi sekolah. Along ni kira ok jugak lah sebab memang suka ke sekolah, tak perlu paksa-paksa.
Papa pun hari ni adalah hari 'pertama' kerja selepas cuti 'panjang' 3 hari je, he..he..kira panjang la tu. Terasa kosong semacam je dalam kepala tak tahu nak tulis apa tapi dalam hati tu ada rasa nak update blog, tak kisah la nak tulis apa-apa pun sebab hari ni kena tulis jugak sebabnya...hari ni kan hari 'bapa'.
Bila terbayang kalimah 'bapa' dalam ruang legar fikiran tu , rasa gembira pun ada, takut pun ada, risau pun ada, dan macam-macam lagi pun 'ada'. Kalau diimbaskan kembali 8 tahun dulu masa mula-mula dapat tahu mama hamil kepada Along, perasaan gembira tu amat sukar untuk diucap dengan kata-kata, tambah lagi papa ni jenis yang sukar 'menzahirkan' perasaan secara luaran, mungkin pada masa tu mama tengok eissh... papa ni betul ke gembira atau entah-entah tak suka kot..mungkin..la..tapi ni hanyalah anggapan papa semata-mata aje.
Pendek kata bila dapat tahu bakal menjadi bapa, sememangnya suatu saat yang amat-amat bermakna serta dinantikan oleh sebahagian besar para bapa di dunia ni, terpaksa gunakan istilah 'sebahagian besar' sebab bukan semua nak macam tu ekoran dari pelbagai alasan yang tersendiri.
Tanggungjawab seorang bapa pastinya amat berat pada hakikatnya, namun entah berapa kerat insan yang mampu memahami erti sebenar tanggunjawab tersebut apatah lagi dari sudut perlaksanaannya, sebab tu la sering didengar ungkapan 'kamu ni pandai buat anak aje,....'.
Kadang kala golongan 'lelaki' yang bergelar bapa ni mudah terlalai atau tidak sedar akan kecuaian tugas mereka sebagai bapa disebabkan oleh kesibukan kerja seharian sehingga segalanya 'terlepas' ke bahu ibu. Ini sebenarnya bermula episod kurang menyenangkan dari siri drama rumahtangga. Bukan sengaja nak buat macam tu tapi akibat dari pelbagai faktor sekitar yang menyebabkan para bapa mudah dilalaikan tanpa disedari oleh diri sendiri.
Contoh paling mudah, bila balik ke rumah dari kerja, rasanya amat jarang seseorang bapa akan bertanyakan si ibu akan tingkah laku serta keadaan seharian anak-anak, yang amat biasanya si ibu yang luahkan dahulu, itupun respon dari si bapa amat-amat la kurang mengembirakan.
Dan..rasanya papa pun memang tergolong dalam katogeri seperti ini, memanglah ianya bukan senang untuk diubah tapi yang penting kena cuba, setiap langkah yang kecil bakal memberi hasil pada suatu hari nanti sekiranya dilakukan secara berterusan. Tabik hormat pada mama di atas segala kesungguhan serta kecekalan mengurus anak-anak serta keluarga.