Apa-apa pun kita tidak mampu untuk menyekat pergerakan masa apatah lagi mengundurkannya.
Manusia sememangnya amat teringin untuk bergerak bebas tanpa batasan masa kalau tak percaya cuba tengok berapa banyak terhasilnya cerita-cerita bertemakan 'time travel'. Rasanya rata-rata akan menyokong sekiranya kita mampu untuk mencipta sebuah mesin yang boleh membawa kita merentasi masa. Cuma, jika difikirkan sejenak adakah ianya perlu. Bagi papa, apa yang telah lepas tak perlulah diungkit-ungkitkan apatah lagi nak betul-betulkannya sebab apa yang telah Allah tetapkan itu penuh dengan hikmah yang tak mungkin makhluk seperti kita ini mampu untuk menafsirkannya. Dan..masa hadapan.. biarkanlah ianya menjadi suatu 'thrill' atau 'misteri' yang Allah swt sediakan untuk kita terokai. Mana nak bestkan kalau belum buat apa-apa kita dah tahu apa akan jadi, apa kesudahannya kan.
Asyik dok celoteh pasal masa ni terlupa pulak hari raya korban dah tinggal 3 hari aje lagi. Bila la agaknya nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah serta menunaikan rukun Islam kelima. Bercakap pasal hari raya Korban ni, walaupun ianya mendatang setiap tahun namun setakat mana ianya dihayati tu susah sikit nak cakap sebab bagi papa sendiri pun erti nilai sebuah pegorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as dan juga Nabi Ismail as begitu sukar difahami dengan mendalam. Jelas terasa akan kekurangan diri ini yang sanggup untuk mengorbankan 'sesuatu' demi mencapai 'sesuatu' yang lebih berharga. Sebabnya.. kitakmampuan diri ini untuk menilai yang mana lebih perlu atau didahulukan.
Hanya bagi seseorang yang sentiasa rasional sahaja mampu berbuat sedemikian.