Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 29 kita berpuasa untuk tahun ini. Malam ni kalau anak bulan kelihatan maka beraya lah esok, kalau tak.. dapatlah berpeluang untuk berpuasa satu hari lagi.
Lama betul rasanya tak update blog papa ni, asyik sibuk memanjang aje. Malam pulak bila badan dah keletihan tak terlarat pulak nak menekan key-board lebih seronok layan tidur he..he..
Puasa tahun ni rasanya antara yang paling papa suka rasanya sebab walaupun kami sekeluarga hadapi dengan penuh kesederhanaan namun jelas terasa akan kepuasan tatkala setiap kali selesai berbuka.
Kerja kat office pun boleh dikatakan agak lancar berbanding dengan ramadhan yang lepas..Alhamdulillah...
Apa-apa pun diharap tahun hadapan masih lagi diberi 'peluang' untuk menunaikan ibadat puasa ni dengan penuh keberkatan serta keharmonian.
" SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN " buat mama, along, angah dan adik.

0 comments: