Sempena ulang tahun perkahwinan ke-10

Semalam genaplah 10 tahun papa dan mama mengikat tali perkahwinan. Walaupun perkahwinan kami diaturkan oleh kedua ibu bapa kami, namun ianya merupakan salah satu anugerah dari Allah swt yang amat bererti serta sukar ditukar ganti.
Sememangnya tempoh 10 tahun ini telah banyak memberi kami pelbagai kenangan suka serta sikit-sikit duka, namun penuh dengan kebahagiaan yang sukar dinyatakan dengan tulisan mahupun kata-kata. Apatah lagi dengan kehadiran 3 cahaya mata (..buat setakat ni..) yang semuanya sihat dan ceria menambahkan lagi sinar kebahagiaan buat kami.
Papa juga sentiasa berdoa kepada Allah swt agar kebahagiaan ini akan terus berkekalan buat selamanya malah sampai ke syurga kalau boleh.

0 comments: