Semalam Tok Ayoh dan Mok Tok datang kat rumah, mungkin akan tinggal kat sini lama sikit, istilah lama sikit tu susah nak dinyatakan dalam bentuk nilai sebab Tok Ayoh susah sikit nak tinggal lama-lama kat rumah anak-anak. Along, angah dan adik memang suka betul terutama sekali adik.
Papa pulak sepatutnya dah masuk kerja hari ni tapi ambil cuti ganti satu hari lagi kebetulan along demam sampai tak dapat pergi ke sekolah. Tapi tak kisah la sebab kalau pergi pun rasanya dah tak belajar mana pun sebab buku teks dah pulangkan balik.
Cuaca kat luar masih lagi macama biasa...redup sepanjang hari, kadang kala hujan. Kalau kat Jepun sekarang ni dah masuk musim luruh salah satu musim yang papa paling suka masa belajar kat sana dulu. Biasanya pada musim luruh ni pemandangan memang cantik sekali tambah pulak suhu dia yang agak sederhana tak panas atau tak sejuk sangat berbanding musim-musim yang lain.

0 comments: