Hari ini jumaat 20 Ogos bersamaan 10 Ramadhan. Sekejap betul rasanya, pejam celik pejam celik bulan Ramadhan dah nak masuk pertengahan bulan. Sememangnya bulan Ramadhan merupakan suatu bulan yang amat istimewa dan penuh dengan keberkatan serta cabaran. Bagi seorang insan yang beriman kepada Allah swt sudah pasti akan dapat merasai akan keberkatan serta cabaran yang datang pada bulan yang mulia ini.
Tidak semua orang sebenarnya yang menyedari atau merasai keistimewaan bulan Ramadhan Al-mubarrak ni. Sebabnya...penghayatan terhadap ibadah puasa itu sendiri yang agak kurang kerana rata-rata antara kita yang lebih tertumpu kepada menahan diri dari lapar semata-mata pada siang hari dan pada sebelah malamnya pulak 'kena' dirikan solat terawih, ianya bagaikan menjadi suatu 'adat' bukannya ibadat tanpa disedari. Apa-apa pun semua itu berdasarkan sejauh mana tahap penghayatan serta keikhlasan individu itu sendiri.
Hari ni kebetulan papa cuti jadi dapat la ambil kesempatan membantu mama tengok-tengokkan anak-anak. Fuh...memang mencabar betul dengan pelbagai kerenah diaorang ni bagai tak menang tangan dibuatnya. Bila difikirkan balik betapa hebatnya para ibu yang perlu menghadapi semua ini tanpa ada hari cuti, kalau ada pun bila dah tak boleh bangun kerana sakit atau demam. Begitu besar sekali pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu, namun.. mungkin tak semua merasai akan cabaran sebegitu kerana ada sesetengah dari golongan yang menggelarkan diri mereka seorang 'ibu' lebih rela melepaskan tanggunjawab mereka kepada orang gaji malah ada yang lebih teruk kepada bonda mereka yang sudah lanjut usia. Alasannya..sibuk kerana bekerja..No komen..tepuk dada tanya diri sendiri.
Bagi papa tak ada apa yang boleh diberi respon kerana segalanya terserah kepada diri masing-masing.Kebelakangan ini gejala keruntuhan moral serta masalah anak 'derhaka' kerap kali disiarkan dalam media cetak maupun elektronik. Rasanya isu sebegini memang kerap menjadi agenda kepada para pemimpin masyarakat sehinggalah ke topik perbualan harian para surirumah kita. Cuma yang paling tak menyenangkannya adalah lebih ramai yang suka memperbualkan tentang kisah-kisah yang berlaku dari cuba mencari punca yang menyebabkan ianya berlaku. Tapi rasanya memang dah jadi fitrah manusia yang lebih gemar kepada 'mengomel' dari membantu.
Berbalik kepada kerenah anak-anak ni, hari ni mood mama memang kurang 'enak' betul sebab pagi-pagi lagi angah dah buat perangai. Dalam kes ni papa tak boleh komen apa-apa sebab jika papa sendiri pun kalau berada dalam situasi mama mungkin senarionya tak berubah sangat kot, cuma yang boleh buat hanya follow-up semampu mungkin.Kerenah anak-anak sememangnya satu perkara yang sungguh unik dan rumit serta sukar diramalkan, walaupun kanak-kanak pada sekilas pandang kelihatan amat simple namun ianya mampu membawa kita ke satu tahap yang amat sukar diduga serta boleh mencabar kesabaran dan kewibawaan diri.Kalau tak percaya takkan la ada kes penderaan dan sebagainya. Pada awalnya situasi amat mudah iaitu kanak-kanak menangis kerana inginkan 'sesuatu', tapi kita yang dewasa ni pulak tak mampu untuk memahami maksud 'sesuatu' tersebut. Akhir sekali sebagai jalan mudah bagi menyelesaikan masalah, kita orang dewasa ni dengan pantas menggunakan cara 'kekerasan'.Selebihnya masing-masing boleh fikirkan sendiri kesudahan.
Papa pun kalau boleh cuba sedaya yang mungkin bagi mengelak kitaran yang buruk ini dari berlaku. Setiap perkara itu pasti ada jalannya cuma bergantung kepada kehendak diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment