16 May

8:36 AM | 0 Comments

Hari ini bagi warga pendidik merupakan suatu hari yang amat istimewa kerana pada setiap tahun apabila menjelma tarikh keramat ini maka pelbagai acara atau program dianjurkan bagi mengadakan sambutan hari mengenang jasa guru kepada kita semua.
Namun, di dalam kemeriahan sambutan hari guru yang diadakan pada saban tahun, berapa ramaikah di antara kita yang begitu menghayati apakah itu jasa seorang guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam pada itu entah mengapa sejak kebelakangan ini sambutan hari guru dirasakan bagaikan lebih kepada "keterpaksaan", jelas terasa akan kurangnya unsur "keikhlasan".
Cuma, rasanya tak begitu ramai yang menyedari akan hakikat ini, walaupun ada hanya sekadar membiarkan berlalu begitu saja kerana menganggap ianya tidak begitu penting atau remeh.
"Guru" atau "Cikgu" jika pada suatu ketika dulu merupakan suatu jawatan yang paling disegani oleh segenap lapisan masyarakat yang pernah menjejaki alam persekolahan. Tapi.. entah mengapa pada saat ini ianya bagaikan "hilang" daulatnya, mengapa?
Soalan ini rasanya tidak wajar untuk diajukan kepada warga pendidik itu sendiri kerana sudah menjadi logik akal manusia yang amat jarang sudi membuka kelemahan atau kekurangan diri kepada orang lain.
Jadi yang pasti setiap kita sudah ada jawapannya namun amat sukar untuk diluahkan di atas pelbagai sebab yang perlu ditimbang atau dijaga. Apa-apa pun orang kata tepuk dada tanya diri.

0 comments: