29 MAY

8:21 PM | 0 Comments

Hari ni lambat sikit bangun..ooo...tak sembahyang subuh kot?? oppss.sorry la yea , tadi bangun awal lagi sebab semalam terus tidur tanpa solat isyak terlebih dahulu. Jadi awal la solat subuh hari ni....
Along pun cuti hari ni, jadi mama pun 'off' sama home school dia..Jadinya kami sekeluarga bersantai sakan la jawabnya. Over sangat kot perkataan santai tu tapi memang camnilah selalunya bila papa dan along cuti. tak kisahlah kan asal hati senang, keluarga kekal bahagia.

Sarapan hari ni dengan roti canai kat kedai yang selalu kitaorang pegi masa papa cuti. Kedai tu berada berhadapan "mee kanpung pek cawangan jalan pengkalan Chepa". Roti canai Pok Loh.

Selepas sarapan kat situ rasa malas pulak nak balik terus jadi singgah dulu kat Taman Tengku Anis, best jugak pegi time camni sebab orang pun tak ramai sangat, berangin pulak tu, fuhh..relax...Along,Angah,Adik pun happy semacam je dapat main puas-puas.Tengok la riak muka diaorang tu ..

0 comments: