27 MAY

8:47 AM | 0 Comments

Besok hari jumaat, jadi along tak sekolah tapi mungkin aktiviti home school berjalan seperti biasa kot dengan mama. Aku kerja seperti biasa la. Sepatutnya minggu ni cuti sabtu dan ahad , tapi kena pegi jugak hari ahad sebab giliran restday work standby. Eii.. boringnya asyik kerja memanjang.
Cuma sejak kebelakangan ni aku cuba meminimakan kerja lebih masa semampu yang mungkin. Aku cuba untuk memberi lebih masa untuk bersama anak-anak dan isteri. Rasanya rugi sangat jika masa aku hanya habis kat tempat kerja aje. Nantikan bila anak-anak dah besar, barulah menyesal kerana tak banyak kenangan yang boleh diimbas kembali ketika berada bersama anak-anak.
Sememangnya kerja itu satu tanggunjawab yang wajib dipikul oleh setiap lelaki yang berpangkat sebagai 'ketua keluarga' bagi sesebuah insitusi keluarga, namun kita juga harus ingat akan haq-haq kita kepada anak-anak, isteri serta yang paling penting sekali haq kepada ALLAH swt. Kerja jika diikutkan hati tak pernah mengenal erti siap, ada-ada aje yang perlu dibuat, namun terserahlah kepada individu itu sendiri yang sejauh mana mereka mampu untuk menguruskannya dengan bijak dan berkesan.

0 comments: