Lama sungguh tak update blog ni. Bermacam alasan boleh diberikan, malas pulak nak sentuh bab tu. Kalau boleh nak buang jauh-jauh bercakap pasal 'memberi' alasan ni, dh naik muak rasanya.
Hari ni papa baru dapat cuti selepas berkerja tanpa henti selama 2 minggu....dah terpaksa nak buat macamana sebab situasi yang tak boleh dielakkan.
Sekarang ni musim hujan dah mula jadi keadaan cuaca pun amat kurang stabil, sekejap panas sekejap hujan, risau jugak pasal kesihatan anak-anak. Cuma buat masa ni mereka tak banyak main kat luar jadi agak terkawal la sikit.
Cuma kalau tengok dalam berita tu macam-macam 'bencana alam' yang berlaku, letupan gunung berapi di Indonesia, begitu juga tsunami, tak kurang juga banjir yang sedang melanda di kedah, perlis dan kelantan (dalam negara kita). Bagi kita yang tidak terlibat secara langsung dengan kejadian sebegitu mungkin tak dapat merasai sangat akan 'kepayahan' yang sedang mereka alami, namun sebagai seorang islam kita wajib mengambil iktibar serta pengajaran di atas apa yang berlaku.
Itu cerita 'luaran', kat dalam rumah ni pun apa kurangnya, anak-anak ( along, angah, adik) semakin hari semakin membesar, memang tak menang tangan dibuatnya. Cuma, syukur pada Allah swt sebab ketiga-tiganya masih lagi berada dibawah kawalan.
Tahun depan along dah nak naik darjah empat, harap-harapnya prestasi dia akan lebih meningkat lagi. Susah jugak nak menilai keupayaan sebenar along ni sebab nak kata dia tak tahu, masa buat latihan kat rumah ok aje tapi bila masa peperiksaan sebenar ada aje careless yang dia buat, rezeki dia setakat tu nak buat macamana kan, tapi moga-moga tahun depan ni dia akan lebih berhati-hati serta fahami akan erti 'peperiksaan' serta 'kedudukan' dalam kelas.
Angah pulak macam biasa la, sentiasa mengikut halatuju dia sendiri, cuma setakat ni syukur pada Allah swt sebab sepanjang aktiviti HS tahun ni dah banyak yang dia perolehi, dan kalau nak kira level tu dah tak boleh ambil silibus pra-sekolah walaupun umurnya baru lima tahun, syabas buat Mama. Nampaknya benih yang disemai mula menampakkan hasil.
Adik pulak semakin petah bercakap, kadang kala tu rasa macam tak percaya pulak yang dia tu baru aje masuk dua tahun dengan kepetahan serta vocabulary yang digunakan mengalahkan along dan angah.
Papa dan Mama pulak, alhamdulillah semakin hari semakin bahagia. Moga-moga ikatan kekeluargaan serta kebahagiaan kami ini akan terus berkekalan buat selama-lamanya.

1 comments:

Mahani@mama homeschool said...

InsyaAllah,
semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan..amin.

I love U soooo much darling!