Hari ni, macam biasa la kalau dah boleh mengadap laptop kesayangan ni bermakna papa cuti la tu, cuma nak surfing kat net lama-lama tu tak seronok jugak sebab masa begitu berharga sekali untuk dihabiskan bagi tujuan diri sendiri sahaja, ...sememangnya hak untuk keluarga..anak-anak, isteri perlu diberikan sewajarnya. Kalau boleh setiap masa yang ada papa nak gunakan bersama keluarga sebaik mungkin, kadang kala tu terasa cemburu juga bila tengok ramai orang 'mampu' untuk pergi bermain futsal dan sebagainya, hebat sekali 'penjagaan' masa mereka..??
Ada juga teman yang 'mengomel' papa ni tak pernah pun tersebut untuk nak main bola ke apa ke, kalau cuti asyik terperap kat rumah aje. Satu aje jawapan papa..masa bersama keluarga. Apa taknya kalau asyik sibuk bekerja memanjang je, bila lagi nak luangkan masa dengan keluarga.
Kebelakangan ni gejala keruntuhan akhlak atau moral dikalangan remaja serta belia terutama yang mengaku dirinya muslim sudah mencapai tahap paling membimbangkan, dan ramai orang cuba mengupas atau memperkatakan tentang topik panas ni, cuma yang paling tak seronoknya berapa kerat sangat yang cuba menyibukkan diri mengupas diri sendiri mengenai punca yang boleh menyebabkan anak-anak kita boleh terjerumus kearah gejala sebegitu. Adakah kita boleh katakan kepada diri kita ( sebelum kepada orang lain ) "Aku memang sudah menjaga serta mendidik anak-anakku sesempurna yang mungkin, tanpa membiarkan orang lain terutama guru menjadi pedoman mereka semata-mata ". Rasanya tak ramai yang mampu termasuk papa sendiri kerana hal ini sememangnya begitu sulit dan memerlukan komitment yang tinggi serta berterusan. Tapi..kita perlu sedar akan hakikat bahawa anak-anak adalah 'amanah' dari Allah kepada kita. Perlu ditekankan sekali lagi yang kita perlu 'sedar' bukannya hanya tahu 'bercakap' kerana ramai yang 'pandai' memperkatakan tentang anak-anak adalah amanah dari Allah, dan segalanya hanya tinggal cakap semata-mata.
Baginda Rasulullah pernah bersabda bahawa di akhir zaman akan muncul golongan yang mengaku alim ulama..namun hanya pada mulut bukannya pada amalan serta tingkah lakunya.
0 comments:
Post a Comment