04 August

5:25 PM | 0 Comments

Hari ni 4 Ogos, ada 8 hari lagi menjelang ketibaan bulan Ramadhan. Pagi-pagi lagi dah menaip blog, sebenarnya papa ambil cuti hari ni sebab nak bawa Along ke klinik. Bangun pagi tadi terkejut betul tengok pipi sebelah kanan membengkak macam buah mempelam, mungkin bengkak gusi. Dah lama rasanya Along tak sakit gigi. Jadi hari ni Along m/c sakit gigi, papa pulak tolong tumpang cuti...boleh ke camtu....ok la sekali sekala kebetulan closing report bulan July dah submit semalam jadinya kalau cuti hari ni pun tak la 'mengganggu' kerja kat ofis tu sangat.
Semalam masa dok surfing kat internet tu ada la terjumpa satu laman web yang boleh dikira agak bagus jugak la bagi sesiapa yang berminat nak belajar bahasa Jepun, kebetulan papa pun sekarang ni dalam 'proses' untuk mengajar bahasa Jepun kat rumah, cuma untuk keluarga aje. Sambil-sambil tu boleh la papa buat 'perangat' balik yang dah belajar dulu. Takut berkarat pulak nanti sebab dah nak masuk sepuluh tahun balik ke tanah air, cuma yang agak 'terselamat' sikit hari-hari tu masih lagi guna bahasa jepun kat ofis sebab kerja kat kilang jepun.InsyaAllah lepas ni sambil mengajar anak-anak boleh la papa tumpang sekaki improved balik skill untuk diri sendiri.

0 comments: