Hari ke-Tiga puasa di bulan Ramadhan. Minggu ni papa dapat cuti 4 hari jadinya dapat lah luangkan masa lebih sikit dengan anak-anak dan isteri. Cuma memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan maka aktiviti pun tak la sama macam rutin sebelum ni.
Hari ni nak berbuka kat mana yeak?? tapi kalau boleh tak nak berbuka kat luar sebab secara ikhlasnya papa lebih suka kat rumah lagi selesa dan sahih halal haramnya serta 'kebersihannya'.
Entahlah kebelakangan ni isu halal serta tahap kebersihan makanan yang disediakan dikedai-kedai makan samada kecik mahupun bertaraf 'lima' bintang sekalipun mula menimbulkan sedikit kesangsian bila ada dilaporkan di dalam media cetak ataupun elektronik. Sejauh mana ketepatan laporan tersebut hanya Allah swt sahaja yang mengentahuinya cuma bagi kita seorang insan yang mengaku beragama Islam dan beriman dengan Allah semestinya perlu ada rasa peka terhadap isu sebegini kerana makanan merupakan satu elemen yang amat penting kepada diri kita. Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging di dalam diri dan amat susah sekali untuk disucikan melainkan keampunan Allah jua, jika tidak hanya api neraka lah bakal menjadi pencuci dan sememangnya ianya pilihan yang paling kita ingin hindarkan.
Tahun ni nampaknya hanya Along aje yang mengotakan janji nak berpuasa, angah tu masih lagi diluar bidang kawalan mungkin sebab dia masih tak faham sangat akan apa itu 'puasa'.
Rasanya bukan setakat angoh saja yang tak faham akan maksud sebenar berpuasa ni kita yang dah mengaku 'dewasa' ni pun tak ramai yang boleh memberi jawapan yang menepati kehendak sebenar syarak dari sudut perbuatannya,( kalau dari sudut lisan tu mungkin ramai...)
Harap-harapnya papa pun mampu untuk memberi 'jawapan' yang dituntut itu setepat yang mungkin insyaAllah.

0 comments: