Hari ini tanggal 31 July 2010, hanya sebulan lagi tinggal untuk kita menyambut ulang tahun Kemerdekaan negara tercinta Malaysia. Rasanya tak ramai tahu atau sekurang-kurangnya sedar akan kewujudan Hari Pahlawan ni, papa pun tahu melalui khutbah Juma'at yang lepas.
Sememangnya jasa para pahlawan yang telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air kita ini terlalu besar dan sukar dibalas namun apa yang penting penghargaan serta penghayatan kita terhadap perjuangan dan pengorbanan mereka dengan penuh keikhlasan.
Jika kita cuba renung serta memerhati akan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita sekarang ini, rasanya tahap penghayatan kita apatah lagi penghargaan kita terlalu kecil kalau ada pun hanya boleh dikira dengan jari, selebihnya boleh dikatakan hampir tidak ada lansung atau sedar. Ini mungkin disebabkan generasi sekarang yang terleka dengan kesenangan yang dikecapi tanpa menyedari akan keperitan serta penat lelah atau kesusahan nenek moyang kita terpaksa hadapi dan pikul di masa zaman penjajahan dulu.
Papa pulak cuti hari ni, kebetulan ada majlis 'melenggang perut' kat rumah ayah di Morak, jadi kebanyakan aktiviti tidak mengikut rutin kami sekeluarga semasa papa cuti. Walaupun majlis itu diadakan secara kecilan namun rasanya penuh keberkatan kerana ianya dijalankan mengikut luna-lunas serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama suci Islam.


0 comments: