
24 Jun 2010, genaplah usia Angah ( anak papa yang kedua ) 5 tahun,..Happy birthday ANGAH..!!. Sejak sebulan yang lepas angah telah 'count down' birthday dia, jadi sememangnya hari ini suatu hari yang amat ditunggu-tunggu oleh angah. Hari ini mama telah mengadakan sedikit parti bagi menyambut birthday angah kali ini. Kami jemput jiran-jiran terdekat aje, paling jauh pun jemput Tokma yang tinggal kat kampung Tunjung.
Jutaan tahniah dan syabas buat mama kerana bersusah payah menjayakan parti tersebut kerana kebetulan papa tak boleh ambil cuti pada hari ini, cuma balik tu agak awal sikit dari biasa. Papa doakan agar angah terus membesar jadi seorang insan yang berakhlak serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sememangnya itu merupakan harapan dari papa serta mama buat semua anak-anak tersayang.
0 comments:
Post a Comment