19 JUNE

8:54 PM | 0 Comments

Sedar atau tidak dah masuk hari ke 19 bulan Jun tahun 2010. Orang kata masa tu memang laju sampai takde siapa yang mampu menyainginya apatah lagi nak menyekat hala tujunya, begitulah betapa kekuasaan Allah swt. Kadang kala 'kita' manusia seakan sukar untuk menerima hakikat peningkatan usia diri, asyik dok perasan yang diri tu terasa masih lagi muda.
Minggu ni seperti yang dirancangkan papa ambil cuti tiga hari, ingatkan nak pegi mana-mana tapi anak-anak pulak kurang sihat, jadi nampaknya 'bercuti' sekitar KB ajelah jawabnya.

Semalam, seperti biasa kitaorang bersarapan dengan roti canai 'Pok Loh' depan restoran Mee Kg Pek, lepas tu ingat nak singgah kat taman kejap tapi terpaksa 'drive in' aje sebab hampir kesemua tempat basah kerana malam semalam hujan lebat.
Tengok jam dah pukul 10:30 pagi, jadi kita ubah plan terus pegi KB Mall, lepak kedai buku kejap. Lepas tu singgah pulak rumah Tok Ma. Pukul 3 lebih kita balik rumah sebab adik tak berapa sihat.
Sebenarnya tak banyak sangat aktiviti luaran yang dapat sepanjang cuti 3 hari ni. Hari kedua cuma lepak kat rumah sepanjang hari, keluar pun masa nak pegi solat jumaat aje, lepas tu memerap kat rumah, tambah pulak homeschool pun berjalan seperti biasa jadi papa pun tolong 'tengok'tengok'kan aje la sambil 'layar' internet sekali sekala.
Bila sebut pasal internet ni, sepastinya seakan sudah menjadi salah satu 'alat' yang begitu memberi kesan yang agak besar dalam kehidupan seharian, apa taknya kalau dulu bila masa nak bayar bil-bil terpaksa berderet kat pejabat pos ke, mesin atm ke, tapi sekarang cuma layari internet semuanya mampu disiapkan dalam masa tak sampai pun 5 minit. Begitu juga bila nak cari apa-apa maklumat , letak aje key word dalam 'google' ke 'yahoo' ke , hah berderet lah keluar. Selain tu bermacam-macam lagi benda yang boleh buat. Itu semua dari segi 'pro' dia, tapi memang lah setiap perkara tu ada 'con' dia, cuma segala-galanya bergantung kepada tahap serta keluhuran etika seseorang tu sendiri, bijak mengguna serta tahu menghormati akan batasan serta hak-hak orang lain. Perkara ni memang mudah dicakap tapi bila time nak 'amal'kan tu agak 'susah' sikit sebabnya faktor atau pengaruh kawalan diri manusia yang sentiasa didominasikan oleh nafsu sering 'tergelincir' dari landasan, tambah lagi orang kata bila kita berinternet dunia sudah tidak ada 'sempadan' lagi, jadi ... tekan keyboard tanya hati...

0 comments: