Cuti sekolah pulak dah nak masuk minggu kedua, kasihan Along, Angah,Adik sebab tak dapat pegi bercuti jauh sikit dari rumah. Kebetulan papa sibuk sekarang ni. Ingat tu minggu depan nak ambil cuti sehari dua nak bawak diaorang jalan-jalan tapi kalau diikutkan hati tu malas sebenarnya nak pegi jauh-jauh. Satunya banyak habis duit, keduanya bila difikirkan akan tahap keselamatan di jalan raya sekarang ni, uuu...ngeri semacam je.
Kebelakangan ni mama penat semacam je. Sekarang ni Along cuti sekolah, jadi aktiviti dengan anak-anak tu berlipat ganda la jawabnya terutama Angah, lagi mudah 'tergelincir' dari kawalan sebab ada 'kawan'..Along. Tambah pulak Adik pun semakin menjadi-jadi perangai 'baik' dia tu, fuu..pasti tak menang tangan mama dibuatnya nak melayan kerenah budak-budak tu, ..tabik mama...harap-harap mama dapat melipat ganda lagi tahap kesabaran yang luar biasa tu.
Sememangnya "anak-anak tu anugerah dari Allah kepada kita, jadi sudah menjadi tugas ibu bapa untuk mencorak tapak perjalanan hidup mereka"..kata-kata ni sememangnya kerap kali kita dengar dan memang amat mudah sekali dimadahkan dengan kata-kata, tapi berapa ramai sebenarnya 'insan' yang mampu melaksanakan 'semudah' atau 'secantik' ungkapan keramat tersebut.
Saban hari kita digemparkan dengan kes penderaan kanak-kanak, sekali keluar berita di dada akhbar atau sebagainya ramai pakat kutuk 'si pendera', tapi cuba kita ambil masa buat seketika adakah kita tak pernah menghadapi situasi si pendera....Tambah pulak sekarang ni zaman orang lebih 'rela' tinggalkan anak kepada pengasuh demi mengejar kesenangan di masa depan buat diri sendiri dan anak-anak 'kononnya', jadi tak ramai rasanya mampu merasai situasi 'sebenar' bila berhadapan dengan kerenah anak-anak. Ditambah lagi dengan 'tahap' keimanan umat pada akhir zaman ni, emm...penuh dengan tanda tanya rasanya.
Kebimbangan serta kurang keyakinan diri tu memang sentiasa mengiringi diri tapi itu semua bukannya perlu menjadi alasan untuk kita melepaskan 'amanah' yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Moga pertolongan serta keberkatan dari Allah sentiasa dilimpahi dalam mendidik anak-anak..yang penting segalanya bergantung kepada keihlasan diri.
0 comments:
Post a Comment