Namun jika diamati dengan teliti sebahagian besar manusia terlalu bersifat pentingkan diri sendiri atau memandang rendah orang lain terutama sekali dikala berhadapan dengan golongan yang terkebawah statusnya berbanding dengan kita. Ini semua berlaku samada dalam sedar atau tidak. Dan..pada hakikatnya penyakit ini terlalu sukar untuk diubati terutama bila manusia itu sudah menjadikan 'nafsu' sebagai 'pemerintah' di dalam diri.
Banyak-banyaklah beristighfar serta memohon pertolongan dari Allah swt agar diri kita dihindari dari dihinggapi dengan sifat sebegitu.
Tadi, semasa asyik blog-walking terjumpa satu blog yang boleh tahan juga isi kandungannya. Rasanya elok sekali jika dijadikan sebagai satu bahan rujukan atau peringatan. Sebenarnya terdapat banyak blog-blog sebegini di dalam internet, namun segalanya terserah kepada diri kita bagaimana untuk mencari, membaca, meneliti serta mengkaji segala yang tertulis. Namun, sebagai peringatan, pastikan kita juga mesti bijak memilih atau menilai akan kesahihan fakta-fakta dari isian blog tersebut terutama jika berkaitan dengan hadis-hadis nabi serta hukum-hukum agama.
Maha Suci Allah yang telah memberi kita peluang yang begitu banyak bagi mencari ilmu-ilmunya yang tak terkira banyaknya pada zaman ini. Kalaulah pada zaman dahulu terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan bagi memperolehi ilmu-ilmu sebegini, namun dengan adanya kemudahan internet seperti sekarang segalanya mampu diperolehi dengan amat mudah serta cepat sekali. Segala puji bagi Allah di atas segala rahmat serta kemudahan yang dikurniakan ini.
0 comments:
Post a Comment