Sabtu minggu ni papa dapat cuti lagi, tapi disebabkan cuti satu hari saja, aktiviti pun tak la berjauhan sangat dari lingkungan rumah, dan seperti biasa aktiviti pagi dimulakan dengan sarapan kat 'luar' cuma hari ni berbeza sikit sebab 'pok loh roti canai tutup, jadi kitaorang makan nasi lemak kat stadium, boleh tahan juga sedapnya, dan..selepas tu terus ke Kedai buku Muda Osman berhadapan stesyen bas Kota Bharu. Walaupun hari ni cuti am kat Kelantan tapi nampak tak sibuk sangat mungkin hari masih awal kot.
Cuti sekolah pun masih ada seminggu lagi, jadi kemeriahan 'gulai kahwin' pun masih belum menampakkan tanda nak reda, hari ni pun papa 'kena' satu tempat kat Ketereh, eii..bila difikirkan traffic jam yang bakal bersua malas rasanya nak pegi, tapi apa boleh buat bila dah dijemput wajib pegi.
Bila sebut pasal kenduri kahwin ni teringat pulak kisah dulu-dulu. Tahun ni dah nak masuk 10 tahun kami melangsungkan perkahwinan. Along pun dah masuk darjah tiga sekarang. Tapi walaupun angka tahun tu menghampiri '2' digit terasa masih lagi 'baru' dan sememangnya amat bahagia. Seandainya ditanya adakah anda bahagia sekarang, papa akan terus jawab ya memang bahagia tanpa teragak-agak, dan seandainya diberi peluang untuk kembali semula ke zaman silam, pastinya papa akan pilih insan yang 'sama' sebagai pasangan hidup papa. Jutaan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana menganugerahkan keluarga yang bahagia sekarang ni, semuanya berada dalam kesederhanaan, itu yang paling suka sebab mama dan anak-anak sentiasa menerima seada yang termampu hidup ini.
0 comments:
Post a Comment