6 JUNE

10:21 AM | 0 Comments

Pagi tadi selepas sarapan terus pegi kedai buku di KB Mall. Mula-mula tu ronda-ronda kat 'Muda Osman' sekejap lepas tu masuk pulak 'Popular', tak kisah la sebab kedua-dua kedai buku ni berdekatan aje. Habis meronda kat Popular kitaorang singgah pulak kat Pustaka Sri Intan berdekatan MayBank.
Sebenarnya aktiviti 'menjelajah' kedai buku ni memang kegemaran kami sekeluarga, malah boleh dikatakan 'perkara' yang hampir wajib kitaorang lakukan sekiranya Papa cuti. Bukannya sentiasa beli buku tapi biasanya beli setakat sebiji dua aje tapi duduk punyalah lama, he..he..seronok terutama sekali kedai buku Popular sebab dia ada bermacam jenis buka yang boleh dikira agak berlainan sikit dari kedai-kedai lain yang ada kat KB ni.
Kalau masa kat Tokyo dulu pun Papa memang suka melepak kat kedai buku tambah pulak kedai tu besar dan digabung bersama dengan kedai CD. Tambah pulak CD tu boleh 'test' dengar bukannya setakat satu lagu, satu album pun boleh, fuhh...best betul.
Orang kata budaya membaca memang terkenal dikalangan orang Jepun. Emm..berdasarkan pengalaman Papa itu mungkin betul tapi jika dikira dari sudut kualiti bahan yang dibaca tu rasanya perlu diletak tanda '?", mengapa?? sebabnya berdasarkan pengalaman Papa kebanyakkan bahan yang dibaca tu 'komik' atau dalam bahasa Jepun kita panggil Manga. Ini hanyalah pandangan pribadi berdasarkan pengalaman 6 tahun tinggal di sana.
Satu perkara lagi ada juga faktor penyebab yang menyebabkan orang jepun jadi suka membaca iaitu faktor 'kemudahan' untuk mendapatkan sumber bacaan. Bahan-bahan tersebut amat mudah diperolehi dari serata tempat samada dibeli atau 'percuma'. Maksud percuma ni lepas habis baca diaorang terus buang tapi bukan semua orang. Disebabkan kat sana sampah dibuang mengikut katogari jadi takde masalah la kalau kita nak ambil yang orang dah buang sebab mereka buang pun dalam tong sampah khas untuk 'kertas'. Tambah lagi dari segi penggunaan khidmat online pun memang memberangsangkan sebab sesetengah syarikat penerbitan menyediakan khidmat 'baca' novel yang dihantar terus ke h/phone, bestkan.

0 comments: