5 JUNE

5:58 PM | 0 Comments

Minggu ni dapat cuti 2 hari, uuu..sukanya. Jarang sebenarnya nak dapat cuti lebih dari sehari sebab asyik kena incharge hari cuti je. Kebetulan Along pun dah mula cuti sekolah jadinya lepak memanjang la nampaknya dua hari ni.
Ingat tu nak juga pegi mana-mana sempena cuti sekolah, tapi rasanya belum terlaksana lagi kot. Sebabnya..?? bermacam-macam sebab berkaitan antara satu sama lain.
Pagi tadi masa sarapan , angah ada tertanya " ..dulu papa sekolah kat mana?..", entah mengapa rasa tersentak seketika bila terdengar soalan tu, sememangnya soalan tu bunyinya biasa aje tapi disebabkan sekarang ni asyik terlalu 'sibuk' dengan hal-hal 'sekarang' jelas terasa diri ni terlupa terus apa yang dilalui dulu-dulu. Orang kata takde masa lansung terluang untuk melayani 'Nostalgia silam'.
Orang kata tak payah la diungkit yang dah lepas, tapi sebenarnya pada satu sudut kita perlukan juga 'hal' yang dah lepas untuk dijadikan sebagai bahan rujukan atau garis panduan bagi diri sendiri maupun dalam didikan anak-anak.
Bagi aku, memang tak suka sangat nak 'mainkan' balik wayang silam tapi jika yang positif tu ok juga la sebagai penghibur diri sendiri,mungkin juga mampu untuk melepaskan sedikit rasa tekanan yang dibebani seharian.
Nampaknya anak-anak dah semakin besar, apa taknya hari ni along dah minta mama buatkan satu 'blog' untuk dia. Jelas terasa akan peningkatan umur diri yang sememangnya dah tak boleh dihentikan oleh walau sesiapa sekalipun kecuali Yang Maha Esa.

0 comments: