Jika pada bulan-bulan biasa kita agak 'malas' sikit untuk menunaikan solat sunat atau membaca Al-Quran, namun bila tiba aje bulan ramadhan dengan sendiri 'kerajinan' serta 'keluangan' masa akan wujud di dalam diri kita, Maha Suci Allah yang mencipta segala perkara dengan sebab tertentu.
Papa pun sebenarnya sentiasa berdoa kepada Allah swt agar di sepanjang bulan ramadhan tahun ini dapat menunaikan ibadat puasa sebaik mungkin, di samping mendidik anak-anak bagi menjalani ibadah puasa sesempurna yang boleh. Satu lagi target utama ialah papa nak meminimakan sedaya termampu dari pergi ke bazaar ramadhan, bukan apa cuma kalau pergi tu mesti nak itu nak ini ,akhir sekali buang macam tu aje sebab tak larat nak habiskan. Rasanya masalah ni sudah timbul sejak berzaman kerana ramai yang perpuasa atas syarat 'kami orang islam', tanpa cuba menghayati bulan ramadhan serta ibadah puasa itu sebaik yang mampu menyebabkan 'sang nafsu' lebih bermaharaja lela sedangkan kitalah yang sepatutnya merantainya, tapi situasainya sudah terbalik.
0 comments:
Post a Comment