3rd July

10:22 AM | 0 Comments

4 bulan lagi perkahwinan kami akan cukup 10 tahun. Jika dikira dari segi jangkamasa, sememangnya agak lama serta boleh dikatakan hampir matang. Namun entah mengapa papa masih lagi terasa 'baru' aje berkahwin, kehangatan serta 'kesegaran' masih lagi jelas terasa. Perasaan kasih sayang serta cinta pada mama tetap mekar harum mewangi seperti dulu.
Papa sedar masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu dipelajari serta tempuhi demi mengekalkan kebahagiaan di hari mendatang, namun pengorbanan yang diberikan oleh mama sememangnya amat besar serta begitu bermakna, rasanya amat sukar untuk diucapkan tanda terima kasih dengan kalimah semata-mata , hanya Allah sahaja yang mengentahuinya.
Keutuhan serta keharmonian sesebuah perkahwinan itu amat-amat memerlukan pengorbanan serta toleransi dari kedua belah pihak, namun adalah tidak wajar jika kita mengimpikan kesempurnaan semata-mata kerana kita harus ingat dan sedar bahawa isteri kita merupakan seorang manusia atau makhluk ciptaan Allah, dan tak mungkin akan wujud kesamaan dalam segenap segi samada dari segi kegemaran atau sebagainya kerana kita perlu ingat yang pasangan kita itu merupakan 'orang lain' bukannya 'klon' diri kita.

0 comments: