2nd July

9:51 AM | 0 Comments

Lapan minit lagi jam 1 pagi akan berdetik, kat tv sekarang ni sedang berlangsung siaran 'ulangan' perlawanan bola sepak piala dunia Brazil menentang Belanda. Sebenarnya result tu dah tahu sebab masa balik dari kerja tadi sempat jugak intai-intai di skrin besar kat kedai makan, tapi papa terus balik rumah sebab hari dah agak lewat lagipun perut pun dah tak berapa senang kerana lapar.
Masa sampai kat rumah tadi rasa sunyi pulak sebab ketiga-tiga putera puteri kesayangan sudah masuk tidur, biasanya kalau papa balik bagai nak pecah rumah dibuatnya diaorang menjerit sebab gembira papa balik.
Tapi syukurlah sebab mama tak tidur lagi, tak la sunyi sangat.
Esok pulak kena pegi kerja sebab report belum siap lagi, aa...boringnya, ingatkan minggu ni boleh cuti dua hari. Minggu ni memang sibuk betul kerja kat office, asyik balik lambat aje kat rumah, badan pun dah terasa semacam penatnya, apa boleh buat dah jadi tugas serta tanggungjawab sebagai 'ketua keluarga'. Harap-harapnya biarlah hati tu sentiasa ikhlas bukannya kerja semata-mata nak makan gaji.

0 comments: