25 July

12:05 AM | 0 Comments

Ada enam hari lagi nak masuk bulan Ogos, bulan kelapan untuk tahun ini. Nampaknya banyak peristiwa-peristiwa penting bakal berlaku pada bulan ni, yang terdekat kedatangan Ramadhan Al-Mubarrak, sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam yang 'Beriman'. Perlu ditegaskan sikit pada kalimah beriman sebab bukan semua orang yang mengaku beragama Islam betul-betul beriman kepada Allah, mereka hanya Islam pada nama semata-mata.
Hari ni papa cuti sebab ganti kerja semalam tapi disebabkan Along sekolah, jadi tak keluar ke mana-mana pun sambil tunggu Along pulang dari sekolah.Cuma aktiviti kat rumah hari ni agak ok jugak lah sebab sempat bantu mama buat flip book untuk belajar bahasa Jepun, sambil-sambil tu sempat jugak bermain dengan angah dan adik, best betul sebab dapat la hilangkan sikit stress di tempat kerja walaupun papa sebenarnya tak hadapi stress sangat masa kerja he..he..
Mama dan angah nampaknya sedang giat berlatih membilang dalam bahasa Jepun yang kitaorang buat pagi tadi, ada perkembangan yang positif nampaknya.

0 comments: