seronoknya bila dapat lepak sama-sama

Hari ni papa cuti sebagai cuti berganti kerana papa kena bekerja semalam yang sepatutnya hari cuti mengikut kalendar kerja.
Dah lama rasanya tak lepak sama-sama sebab cuti papa dan along asyik berselisih aje. Biasanya kitaorang bersarapan dengan roti canai 'Pok Loh' tapi sejak kebelakangan ni tutup pulak jadinya bersarapan kat rumah dengan roti 'gardenia' aje la jawabnya. Cuma lebih kurang pukul 11 kitaorang pegi makan nasi lemak kat 'nasi lemak TC'. Nasi lemak kat sini boleh tahan jugak la tapi tak boleh makan kerap sangat nanti cepat 'muak' kata orang Kelantan.
Papa sebenarnya tak kisah sangat tentang apa yang dimakan asalkan dapat lepak sama-sama dah ok tambah lagi dapat pekena teh tarik, hah lagi la best..
Satu lagi yang bestnya, sekarang ni kalau keluar makan kat luar semua 'ahli' ambil bahagian menjamu selera, kalau masa anak-anak kecik dulu punya la susah nak suruh makan last-last papa jugak la yang jadi tukang 'perabis' makanan nasib baik badan papa bukan jenis mudah naik kat 'perut' kalau tak haru dibuatnya..hu..hu..

0 comments: