1st July

8:25 AM | 0 Comments

Hari pertama bulan Julai 2010. Sehari dua ni agak sibuk sikit kerja kat office, biasa la bila hujung bulan banyak benda yang nak closing. Masa sampai kat rumah tadi jarum jam dah hampir ke pukul 10 malam, Syukurlah anak-anak masih lagi belum tidur sempatlah main dengan mereka kejap.
Sebenarnya pada minggu lepas papa ada janji dengan mama dan along nak mulakan kelas bahasa Jepun, tapi oleh kerana kesibukan kerja yang tak dapat dielakkan terpaksa ditunda sikit dari jadual asal. Sekarang ni papa sedang mengumpul idea macamana nak mulakan kelas tersebut. Memanglah bukannya nak ajar orang lain cuma mama serta anak-anak aje, cuma bila difikirkan aktiviti tersebut bakal dimuatkan dalam blog mama, kenalah lebih berhati-hati sikit sebab ianya mungkin dilayari oleh pengunjung mama homeschool. Jadinya terpaksalah luangkan masa sikit untuk merangka serba sedikit isi-isi serta aktiviti yang ingin diajarkan nanti.
Harap-harapnya berjaya, tunggu dan lihat aje la yeak...

0 comments: